Senyuman indah

Jumaat, 7 Mac 2014

1Definisi, beza maksud

benar.. definisi "tak ada duit" bagi orag kaya dan orang miskin sungguh berbeza

tak ada duit bagi orang kaya sebab tak mampu membina rumah seperti istana,
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tak mampu memperbaikki rumah yang bakal menyembah bumi.

tak ada duit bagi orang kaya sabab tak mampu melancung ke kutub selatan, menyebarang atlantik
tatapi tak ada duit bagi orang miskin kerana bergagah seharian mencari sesuap nasi

tak ada duit bagi orang kaya kerana tak mampu menaikki kereta mewah
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tidak mampu miliki kereta walaupun sebuah

tak ada duit bagi orang kaya kerana tak mampu belajar di universiti bertaraf dunia
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tak mampu untuk belajar walaupun universiti biasa

tak ada duit bagi orang kaya kerana tak mampu menaiki pesawat kelas pertama,
sedangkan tak ada duit bagi oang miskin kerana seolah tidak ada harapan langsung untuk menjejak walaupun cuma tangga pesawat

tak ada duit bagi orang kaya kerana tidak mampu menunai umrah kali ke sepuluh,
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tak mampu, walaupun sekali untuk menunai umrah..

tak ada duit bagi orang kaya kerana tidak mampu miliki iphone
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana langung tak mampu miliki phone

tak ada duit bagi orang kaya, tetapi masih mampu memenuhi segala kehendak diri,
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin, langsung tidak mampu walaupun untuk keperluan diri

"orang miskin Allah ujinya sekarang, gementar dirinya menahan keinginan apabila melihat manusia sekeliling punya segala yang diinginkan, tetapi Allah simpan untuknya segala habuan ini di alam sana"

Jumaat, 28 Februari 2014

Cinta dan Sahabat

Cinta dan sahabat.. dua kata yang sukar untuk ditafsir... erti sahabat terlalu dalam untuk dijiwai.. definisi cinta terlalu kuat untuk di hayati.. kan?? erm :) ( Amna cuba untuk tersenyum, walaupun dia baru bangun dari rebah akibat tendangan emosi)

 

 benar kata orang, cinta itu subjektif.. terlalu payah untuk di ukur, atas dasar apa cinta itu berputik, rupa, harta, agama, keturunan, ilmu, kepandaian atau dasar apa??

 

Amna terus berfikir: terlalu sukar, malah teramat payah mengawal perasaan cinta saat berada di laluan cita2..  terlalu payah mengutamakan sahabat andai bertentangan dengan cinta..

 

Amna menepuk dada tanya selera iman, "apa dia jodoh aku hingga aku sanggup berhenti di pertengahan perjalanan cita2 aku yang masih panjang, apa aku sanggup melukai sahabat yang setia bersama aku susah senang hanya kerana cinta"

 

"tak sanggup, sungguh aku tak sanggup.."

 

biar langkah cita2 diteruskan, langsung tidak menghirau perasaan 'cinta' itu.. bahu sahabat diganding, tangan sahabat di genggam bersama melangkah ke awanan cita..

 

10 tahun perasaan dipendam, langsung tidak menghirau malah tidak mengharap tetapi ia seakan tidak mahu menghilang.. entah.. kenapa.. Amna cuba lawan, lawan dan terus lawan..

 

sahabat nampak Amna tenang, perasaan yang di lawan seakan hilang, tetapi hakikatnya hanya Amna yang tahu..

 

"ah.. aku langsung tidak mengharap dia" pekik hati Amna

 

"Allah dah janji untuk aku yang lain" pujuk hati Amna

 

"tapi aku harap jodoh dia bukan dengan orang yang aku kenal"

 

"eh.. pelik aku ni"kritik dirinya sendiri 

 

itu lah dinamakan 'perasaan cinta pertama yang masih tersisa' kan?

 

Amna tersenyum........... 

 

"payah nya laluan ini, rasa macam nak berhenti, melihat orang semua sudah sampai ke penghujung, aku bila?" soal Amna

 

"kejayaan bukan mudah, orang yang berjaya hari ini, adalah orang yang pernah gagal berkali-kali dalam perjalanan mereka" Amna tersedar mendengar ayat itu.

 

"ah, semangat2.." Amna cuba bangun kembali...

 

Amna termenung memikir nasib diri.. cita2 nya yang masih panjang..

 

.................................

'ada something nak bagitahu'

 

''apa?''

 

'sebenarnya.........................'

 

hah suspen!!! getus hatinya

 

'sebenarnya sekarang ni aku dengan orang yang 10 tahun kau pendam perasaan cinta'

 

aaahhhh.... 

 

''oowh.. moga bahagia sobat''

 

Amna terjatuh sendiri, cuba bangun sendiri, lalu tersenyum, barangkali dia tersenyum kerana sahabatnya bahagia tapi di hatinya menangis 1001 air mata..

 

"-------------sejauh mana pun kita mengaku dia sahabat, kita menjaga hati dan perasaan dia, membantu tika dia susah, kita akan kalah apabila cinta bertandang diatma---------------------- 

 

--------------hanya memikir perassan kita, tanpa menghirau apa yang sahabat rasa-------------

 

---------------zahirnya sahabat mungkin tersenyum,  dalam hati dia apakah sama dengan apa yang di luarnya--------------" Amna menyimpul sendiri apa yang dia lalui

 

Amna tersenyum "Allah memberi aku 1001 pengajaran dalam masaalah" 

 

"Allah menunjuk aku mana yang benar dan mana yang salah" 

 

"Allah menyedar aku dari lamunan yang tak pernah sudah" 

pujuk Amna sambil mengurut dadanya dan bibir tak lekang dengan kalimah istighfar serta terus tersenyum...

 

 



Selasa, 17 September 2013

selitan tazkirah

mood nak siapkan bahas hilang
curi masa tulis blog
nak kongsi sikit apa yg aku dapat

Dr aala merupakan pensyarah dr Iraq, cara penyampaiannya amat memuaskan, dan bahasa yg digunakan arab fushah.. percakapannya jelas, bak kata orang kampung 'sebiji2' :)

dalam semangat dr menerangkan tentang 'athar ikhtilaf' di kalangan fuqaha, aku sesekali mengangguk tanda faham walaupun hakikatnya fikiranku melayang ke tempat lain.. tiba2 aku tersedar

"untuk apa kamu belajar?"
"habis degree sambung ma atas tujuan apa?"
"apakah tujuan untuk menjawat jawatan pensyarah? hujung bulan pergi bank ambil gaji? hanya itu"
"sedangkan Allah tak nilai semua tu"

dup! rasa macam batu terhempas di kepala

sambung..........

 "belajar tentang tauhid, fiqh, akhlak itu adalah asas"
"ada ilmu tetapi tak ada akhlak, demi Allah! demi Allah, demi Alah itu tidak akan memeri manfaat"
"ada ilmu sedikit tetapi beraklak itu lebih baik daripada ada ilmu banyak tetapi tak berakhlak"
"bercakap dengan orang yang sama level dengan kita atau lebih rendah dari kita mesti cakap dengan baik dan penuh beradab lebih2 lagi kalau dengan orang yang lebih atas dari kita"

dup! mula tersedar akan nasib diri yang kurang akhlak selama ini.

sambung..................

"tahukah kamu nak memahamkan masyarakat tentang hukum hanya memerlukan masa setengah jam"
"tapi nak memahamkan masyarakat tentang akhlak memerlukan masa yang pajang"
"kenapa? payah atau mudah untuk membuang perasaan dengki?"
"untuk bunag perasaan tamak, benci dan sebagainya?"
"untuk melakukan kebaikkan terhadap orang yang melakukan kejahatan kepada kita?"
"untuk menjadi orang yang kuat?"
"kuat itu bukan kuatnya fizikal melawan mereka yang berbuat jahat kepada kita, kalau seperti itu mudah hatta orang kafir pun mampu"
"tetapi kuat yang sebenarnya adalah menahan marah dan balas baik terhadap mereka yang melakukan kejahatan kepada kita"
"lihat contoh pada Rasulullah, keberkesanan dakwah nya adalah pada akhlak nya"
"lisan al hal lebih kuat dari lisan aqwal"
"lisan aqwal semua orang mampu"
"akan tetapi lisan hal berapa orang mampu?" 

huh! terasa seperti nyawa di kerongkong, beratnya, sebiji2 kena atas diri sendiri.

sambung.....................

"tugas siapa sebenarnya untuk melakukan ini semua?"
"untuk memahamkan masyarakat tentang ilmu dan akhlak"
"tugas siapa?" semua terdiam.
"tugas siapa?" soalan diulang.
"tugas penuntut ilmu" jawab kami dalam keadaan perlahan.
"siapa penuntut ilmu" soalan diaju
"kita" jawab kami ringkas.

"ha.. ini titik pada percakapan sebentar tadi" kata dr mengakhiri tazkirahnya.

huh, terduduk lesu,
bukan mudah untuk bangun,
adab dan akhlak terlalu payah untuk disebati dalam diri
diri kembali bermuhasabah
memang benar 3 hari tak dengar tazkirah seolah2 diri kita telah mati
terima kasih Dr
tazkirah yang penuh dengan makna.....

coretan ini ditulis supaya boleh berulang membacanya agar diri tidak lupa..

jom kawan2 berubah jadi baik, jadi orang yang beradab sebelum berilmu..


Selasa, 23 Julai 2013

muhasabah

catatan di pagi 14 Ramadhan

cinta itu fitrah insani, tetapi kenapa di cemari....

aku saja nak coret sedikit apa yag aku rasa selama ini, jujur aku tak pernah menafi cinta itu fitrah insani, aku sendiri merasai perasaan itu..tetapi dengan cinta kita tetap tak boleh merubah hukum, keluar berdua-duaan dengan lelaki ajnabi haram hukumnya biar pun sudah bertunang.....

aku pernah dengar hadis Nabi, mafhumnya siapa yang nampak kemungkaran cegahlah dengan tangan, kalau tak mampu, cegahlah dengan lidah, kalau tak mempu cegah lah dengan hati, itu lah selemah iman....

selemah iman? ya ini lah level iman aku sekarang..aku tak mampu untuk menegur dengan lisan apabila  kawan2 aku sering keluar dengan jantan.. biasa lah kawan, bila tegur ada yang terasa pulak, masam muka, tak cakap.. ya Allah susahkan? :(

untuk kawan2 yang terbaca penulisan aku ini, aku nasihat kan
benteng lah cinta kalian dengan iman,
 pagar lah dengan larangan agama...
pendam lah cinta kalian sehingga kalian halal...
jangan berdua-duaan, berpegang tangan dsb..
lagi bagus biarlah cinta kalian menjadi rahsia hingga sampai masa yang sesuai untuk kalian hebohkan...

 

Jumaat, 24 Mei 2013

sejarah yg berlalu, tarikh keramat yg terpasak jitu..tapi ia kekal menjadi azimat untuk terus maju.. ada yg dikalung, ada yg dijunjung, ku sambut huluran segulung pengiktirafan..
malu bisa bermuhasabah, apakah ini yang aku gah? sedangkan ilmu masih perlu ditadah.. apakah yg aku tuntut, adakah ilmu atau segulung syahadah? sekiranya syahadah aku sudah dapat, tetapi sekiranya ilmu aku perlu terus bermujahadah, melawan nafsu amarah, terus thabat di medan ilmu dengan istiqamah..

kejayaan hari ini menjadi momentom utk terus berjaya di masa akan datang..