Senyuman indah

Jumaat, 21 September 2012

Muassasah

Aku berkesempatan mengikuti program2 sempena sambutan 25 tahun muassasah darul ulum.. salah satu program yg begitu terkesan di hati aku adalah  forum bersama 3 orang anak tok guru.. Ustaz Fawwaz, Ustaz Khalil, Ustaz Nik Abduh ( tetapi diganti oleh ustaz Husam anak mufti kedah kerana tidak dapat hadir).

antara 3 ahli panel, penyampaian dari ustaz fawwaz yg paling menyentuh hati.. dengan soalan yg dikemukakan 'adakah boleh melahirkan ilmuan islam seperti as-syafii, alghazali dengan zaman yg makin mencabar ini?' jawapan dan kupasan dari ustaz sungguh menarik, dengan hujjah yg begitu mantap.. kata beliau nak lahir ilmuan islam ada lima rukun Guru yg cemerlang, anak murid, dana, ideologi dan institusi..

ustaz banyak menyentuh isu muassasah kerana beliau merupakan anak kepada pengasas Muassasah iaitu almarhum USTAZ FADZIL NOOR.. aku yakin bagi siapa yg sayangkan Muassasah pasti hampir menitis air mata apabila terdengar luahan ustaz mengenai bumi muassasah..bagi aku ustaz fawwaz seorang ulama muda yg profisional, mirip kepada almarhum..

9 tahun aku pernah lalui liku-liku hidup di Muassasah, banyak perkara dan perubahan yang aku lihat, samaada di zaman Pas di pihak pembangkang atau kerajaan, hari ini aku mendengar sendiri luahan hati dari anak pengasas Muassasah, hampir sama dengan apa yg aku rasakan selama ini..

Muasassah ditubuh atas pemikiran almarhum Ustaz Fadzil Noor, tempat ini ditubuh bukan mudah, perlu berkerja keras, banyak liku yang harus ditempuh oleh almarhum dan pejuang seangkatan dengan beliau..mereka berjuang bermati-matian mempertahan tanah muassasah dari dirampas.. harapan ustaz Fadzil terhadap Muassasah begitu besar.. tetapi hari ini selepas kematian beliau berapa ramai yg masih menyokong pertubuhan Muassasah, berapa ramai yang sanggup menyumbang dana, berkorban tenaga? program2 dan pengajian yg diadakan dibumi Muassasah kurang mendapat sambutan..sedangkan Muasasah adalah tanggungjawab ahli pas dan umat islam bukan tanggungjawab pihak Kidu dan Smidu sahaja.. (ini antara point penting yg aku faham dari apa yg ustaz cakap tadi)

apa yg aku lihat, muassasah milik siapa? bukankah sekarang mereka berkuasa?kenapa tidak ada beza zaman mereka berkuasa dengan zaman mereka tidak berkuasa? kalau dalam ucapan depan ahli gahnya mereka "kita ada sridunya, smidunya, kidunya" tetapi hanya percakapan , sokongan tiada langsung.. ke sana ke mari, berucap berapi-api, bukan muassasah yg dipromosi tetapi kolej milik kerajaan negeri.. bukankah itu milik negeri, siapa merintah dialah berhak keatasnya.. muassasah siapa pun merintah, pembangkang or kerjaan kah kita, muassasah tetap milik ..........................? jawab la sendiri.

bersambung di lain coretan..................... :)

Khamis, 6 September 2012

PUISI UNTUK SAHABAT


“Subhanallah” ungkapan pertama Zahra saat melihat pemandangan indah dihadapannya, lautan biru terbentang luas, daun kelapa menari-nari mengikut irama bayu, kanak-kanak bergelak riang apabila terkena percikan air, Zahra mengambil tempat diatas buaian dibawah sepohon pokok, memerhati sahabat baiknya Fatma bermain dengan ombak, kadang-kadang Zahra tergelak sendirian memerhati gelagat Fatma, jatuh tersungkur akibat pukulan ombak yang begitu kuat. Percutian dua sahabat yang telah lama dirancang kini menjadi kenyataan.

Antara kita tiada rahsia, susah dan senang sentiasa bersama, terpatri namamu kau tak kan ku lupa.
 
Nasyid nyanyian kumpulan Farest yang menjadi peneman Zahra, membawa fikirannya jauh mengenang memori-memori semalam.

Sudah dua hari Zahra demam panas, tidak mampu mengurus diri sendiri apatah lagi untuk berjalan pergi ke kelas, tidak ada kawan-kawan yang menjaga Zahra. Fatma antara junior baru yang memerhati nasib Zahra, rasa kasihan melihat keadaan Zahra tetapi segan untuk mendekati kakak seniornya itu. Fatma cuba memberanikan diri “kak Zahra dah makan ubat belum?”, Zahra tidak menjawab, hanya menggeleng sahaja. “makan roti ni, lepas tu makan ubat demam ni tau” Fatma mempelawa ubat dan rotinya kepada Zahra, Zahra hanya menurut. Lepas makan ubat Zahrana terlena, dia tersedar setelah pukul tiga pagi, masih merasa ada tangan yang sedang mengurut kepalanya, “Fatma tido la, kak Zahra dah ok” larang Zahra, “tak pa, Fatma tak mengantuk” Fatma memberi jawapan yang menyenangkan Zahra.
Tanpa sedar air mata Zahra mengalir, memori tahun lepas yang tersimpan kemas difikirannya. Cepat Zahra menyeka air matanya takut-takut Fatma perasan dari jauh.
-----------------------------
Hujung minggu kalau tidak ada program Zahra tetap dengan rutin harian, mengambil sedikit masa untuk qailulah sebelum masuk waktu zohor. Zahra menekup muka dengan bantalnya, belum matanya terlelap dia menyedari ada orang menghampiri Fatma yang berada disisinya. “Fatma napa kau baik semacam ja dengan kak Zahra, berangkat ka” Tanya Nurul rakan kelas Fatma.
“eh, tak lah, aku anggap kak Zahra ni sahabat, aku panggil dia kak sebab dia lebih tua dari aku” Fatma menjawab jujur.
“aku nak cita something, kau jangan sedih tau, aku pun tak percaya apa yang aku dengar ni” Nurul memulakan muqaddimah.
“apa?” Fatma ingin segera tahu.
“semalam aku dengar kawan-kawan kak Zahra cakap dalam bilik aku, kak Zahra kawan dengan kau sebab nak kikis duit kau ja” Nurul merasa serba salah apabila melihat tiba-tiba wajah Fatma berubah.
“YaAllah, itu fitnah, kak Zahra tak seburuk yang mereka sangka” laju air mata Fatma mengalir, Nurul cuba menenangkan Fatma, Zahra tetap dengan keadaan nya dari tadi, tidak bergerak walaupun sedikit kerana takut dua sekawan itu mengetahui yang dia tidur-tidur ayam.

Selepas solat asar, Fatma melihat Zahra sedang temenung sendirian, Fatma mendekati Zahra dan mencerita fitnah yang direka-reka oleh kawan-kawannya itu. Fatma menyangka Zahra tidak tahu kerana tadi Zahra tidur, tetapi hakikat sebaliknya, selepas Fatma habis bercerita, Zahra hanya tersenyum, “macam tu lah kawan, boleh jadi lawan, tidak seperti sahabat sentiasa jujur samaada depan kita atau belakang, setia bersama susah senang” jawab Zahra cuba berlagak tenang. Laju air mata Fatma mengalir mendengar jawapan Zahra, Zahra merasa sangat terharu, Zahra menarik nafas dalam-dalam sambil menahan air matanya daripada mengalir.
-------------------------
“salam, Zahra, izin aku tumbuk muka Fatma sekali” mesej yang Zahra terima waktu dia sedang mengulangkaji pelajaran bersama-sama dengan Fatma, Yana antara rakan sekelas Zahra yang begitu dengki dengan persahabatan mereka.
“kenapa” balas Zahra ringkas.
“dia telah merampas kau dari aku” jawab Yana sombong.
“kenapa pulak” Zahra malas nak melayan, kalau ikut hati ingin dia ungkit segalanya, saat Zahra demam tiada seorang kawan pun yang datang menjenguk, fitnah Zahra yang bukan-bukan dan berbagai lagi.
“yala dia ambil kawan aku” mesej Yana yang membuat Zahra bertambah benci.
“kau still kawan aku la, Fatma bukan kawan dia sahabat” jujur Zahra Zahra menjawab.
Tidak sangka Yana berani menyerang Fatma didepan Zahra saat mereka sedang mengulangkaji pelajaran, Zahra ingi melawan, tetapi Fatma melarang. “sabar tau, Allah nak uji persahabatan kita” nasihat Zahra pada Fatma setelah Yana beredar pergi.

Setelah Fatma tamat menghadapi peperiksaan, dia terpaksa pulang ke rumah terlebih dahulu kerana kesihatan ibunya yang kurang sihat, tinggallah Zahra sendirian, mengulangkaji pelajaran, melangkah kedewan pepriksaan, semuanya tiada peneman, hamper setiap hari air mata Zahra mengalir rindukan Fatma, ditambah lagi dengan nasib kawan-kawan yang menyisih dirinya.

“yaAllah jadilah ujian ini sebagai jambatan untuk aku berjaya menggengam kejayaan, kekalkanlah persahabatan antara kami, kurniakanlah kesedaran buat kawan-kawanku,padamlah api kedengkian di hati mereka, amin” setelah solat tahajjud, Zahra melantun doa, deras air matanya mengalir, membasahi pipi gebunya.
------------------------------
“tahniah Zahra berjaya mendapat pointer setinggi tu” ucapan yang Zahra terima setelah berjaya mendapat anugrah pelajar mithali.
“hebat la kak Zahra” puji Fatma. “besa ja, Tuhan nak uji syukur ke dak” jawab Zahra rendah diri. “tak sangka diseblik ujian yang kak Zahra terima haritu waktu exam, ada hikmah kan?memang benar disebalik apa yang berlaku ada hikmahnya” celoteh Fatma, Zahra hanya tersenyum. “hari tu Tuhan nak uji sabar ke dak, ni Tuhan nak uji pulak Syukur ke dak” Zahra tetap dengan peringatannya, Fatma hanya mengangguk faham.
------------------------------
‘terima kasih yaAllah kurnia aku sahabat seperti Fatma, setia bersama, tidak pernah percaya dengan fitnah yang direka-reka’ bisik hati Zahra sendirian. Zahra mula mendapat idea untuk mencoret satu puisi untuk sahabatnya itu.
Matahari makin meninggi, bahang panas mula terasa, Fatma naik ke darat setelah letih bermandi manda di pantai, dia berjalan menghampiri tempat Zahra menunggu.
“ha, kak Zahra tulis apa tu?” teguran Fatma membuat Zahra tersedar, i-pad di tangan disorok di bawah jilbabnya.
“ada la” jawab Zahra lembut.
“puisi ek” Fatma meneka, kenal sangat dia dengan hobi Zahra, suka berpuisi dimana sahaja berada.
“puisi untuk yang tersayang” Zahra sahaja mebuat fatma lebih teruja ingin tahu.
“kak Zahra posting diblog, nak baca buka la blog kak Zahra nanti”.
“ok” jawab fatma lembut sambil menarik tangan Zahra, mereka sama-sama berjalan menuju ke challet penginapan mereka.
------------------------
Suatu waktu aku pernah keliru,
Siapa kawan, sahabat, dan teman,
Aku pernah lalui hidup sepi,
 tanpa ada yang memahami,
dirumah aku punya keluarga, tetapi diluar aku sendiri,
belajar berdikari, berlari kesana kemari, jatuh bangun aku sendiri..
Takdir Nya amat bermakna,
Disebalik derita ada bahagia,
Aku sendiri, kau menemani,
Aku derita, kau setia bersama,
aku difitnah kau tidak pernah percaya,
aku mengalir air mata, kau menyekanya,
aku bahagia, kau senyum gembira,
aku berjaya, kau gembira meraikannya,
aku teramat syukur padanya,
dikurniakan buatku sahabat seperti Fatma.
yaAllah jadilah ukhuwah kami seindah wardah..
kekalkanlah persahabatan kami hinggah Jannah..

Fatma tersenyum, puisi yang begitu memberi kesan padanya, dilihat sahabat baiknya disebelah sudah lama dibuai mimpi, kenangan indah percutian ini telah mengerat lagi ukhuwah mereka, kenangan yang bakal tersimpan kemas diingatan. Tempat yang pernah melakar indah memori sebuah ukhuwah.

Ahad, 2 September 2012

salah satu puisi 4 my novel in process. :)


Aku merenung keluar jendela..
sekumpulan burung menyanyi bahagia..
tidakkah mereka pernah merasa apa yang aku rasa..
sedih, derita, sengsara..
hingga terfikir bahagianya jadi mereka, tidak perlu memikir apa-apa tentang dunia..
aku bangun merenung ke arah sawah..
para petani yang tidak pernah lelah..
dibawah bahangnya mentari, mereka sabar menanggung sepikul amanah.. 
bertemankan kehijauan padi, makin berisi tunduk ke tanah..
hatiku menjerit, kemarin hari yang aku impi sudah berlalu pergi..
pergi bersama mereka dialam reality, pergi bersama aku hanya dalam mimpi..

klasik+unik :)



Terjemahan sastera arab


Wahai orang yang bermusafir

Ucapan kepada saudara dan saudariku yang telah berhijrah dari sisiku

Dalam keadan lemah dan terlalu lamah, mata penaku menari. Sesungguhnya kelam malamku diatas kegelapan kerana perpisahan denganmu, dan terhentinya langit dari hujan, enggannya bumi mengeluarkan apa yang ada didasarnya, dan masa seolah2 sedih menunggu pertemuan denganmu..

Wahai orang yang berhijrah, aku menunggu pertemuan denganmu, untuk kembali kepadaku sebuah kehidupan, merubah aku untuk mengukir senyuman tetapi benar apa yang mereka katakan:  alangkah susah mengukir senyuman, sedangkan dimatamu mengalir seribu titis air mata.

Ketika mana kita terdidik oleh ibu bapa dan para guru atas sifat cinta, ikhlas, bermaafan, dan menunaikan perjanjian, semua itu memberi makna yang besar, tidak mungkin ianya terpadam dari fikiran kita, kerana mereka telah mengukir  kukuh dalam hati kita.. mereka letih membantu kita akan tanggungjawab terhadap diri kita..dan kekal benih2 mereka, berkembang dan terus berkembang hingga tumbuh sepohon pokok yang berpunca dari benih yang baik..maka ia kekal hingga mati..kerana mereka puncanya kita..maka kalimah syukur apakah yang layak untuk mereka?

Ya ahba’i..wahai orang yang bermusafir ke timur dan barat, begitulah dunia dan isinya..wahai orang yang bermusafir daripadaku, daripada kecintaanku, daripada kerinduanku.

Terjemahan dari buku sastera arab: ana wawathoni wa ummati, karangan Azad Munir Alghdhban.

*hanya terjemah makna yang tahu, n yang tahu pun pasti banyak yang salah..afwan minni.