‘Dah
masuk 10 terakhir ramadhan ni, bila la malam lailatul qadar’.
Maryam yang sudah pun baring diatas katil terus memikir-mikir persoalan itu
hingga matanya terlelap. “jangan tunggu
pokok sujud baru kita nak sujud!” Mariam terkejut dari tidurnya. Pesanan
seorang Ustaz yang agak popular di tanah air dengan akhlak nya yang bagus
sesuai dengan keturunannya hadir dalam mimpi Maryam.
Maryam melihat jam
ditangan menunjukkan pukul dua pagi, Maryam bangun khidmat diri langsung
berqiyamullail. Air matanya mengalir, hanya lagi lima hari tempoh untuk bersama
dengan Ramadhan, andai kata Ramadha boleh ditahan dari meninggalkan kita, pasti
dia ingin menahannya, untung dia menjalani Ramadhan di bumi Mesir, walaupun
Ramadhan sudah kepenghujungnya tidak ada iklan-iklan raya yang boleh mencairkan
nafsu setiap perempuan, jauh beza dengan di Malaysia, iklan baju raya, kueh
raya, perabot semuanya bersepah dari awal Ramadhan lagi.
---------------------------------
Selepas solat Asar
maryam khusuk dengan tadarusnya, mengejar target untuk khatam tiga kali dalam
bulan Ramadhan kali ini. Setelah selesai tadarus,Maryam bersiap-siap masuk ke
dapur untuk memasak juadah berbuka hari ini.
“jom tolong
masak” Maryam mengajak Qudsiyyah yang dari tadi termenung jauh di tingkap
biliknya.
“kak yam masak menu apa hari ni” Tanya Qudsiyyah,
sepupu yang sama-sama melangkah ke bumi mesir beberapa tahun lalu.
“kita buat
donat special hari ni” jawab Maryam sambil tersenyum.
Tekun Maryam menguli tepung donatnya, Qudsiyyah
hanya memerhati, kadang-kadang dia ketawa melihat betapa semangatnya Maryam
menguli tepung hingga badannya juga turut bergerak.
“semangatnya kak yam, hehe” Qudsiyyah terus ketawa.
“ha, macam ni la kalau nak donat sedap kena semangat
buatnya, bersungguh-sungguh uli sampai lembut, walaupun kadang-kadang rasa
tension, geram, lenguh..macam tu la jugak kita dalam Ramadhan ni kena
sungguh-sungguh buat ibadah, walaupun letih, lapar dahaga, malas, kena tahan
diri dari lihat benda haram, jangan makan benda syubhah sebab apa? Sebab kita nak rasa kelazatan dan
nikmatnya merai kemenangan di hari raya” Qudsiyyah hanya mengangguk faham
setelah mendengar syarahan percuma dari kakak sepupunya itu.
“bila donat tu sedap, nak makannya pula jangan
gelojoh, kena jaga adab, baca doa supaya ada keberkatan dalam kenikmatan, macam
tu juga nak raya, jangan seronok sampai tak peduli halal haram, tabarruj dalam
pakaian, pembaziran waktu makan, salam laki pompuan suka hati, paling ketara
dengan sepupu, walau pun terlalu rapat tetap haram juga bersalam dan bersentuh,
sia-sia ja tarbiah sebulan yang dapat, burn terus tetle taqwa yang Allah janji
dengan sebab berhari raya tanpa ikut syariat” Adilah seorang junior baru yang
sedang membasuh beras mula menyampuk perbualan mereka, lagaknya seperti seorang
pemidato hebat.
“betul” laju Maryam dan Qudsiyyah memberi respon
terhadap Adila.
Nikmatnya hidup andai pandai menafaat masa, setiap
detik yang berlalu dihiasai dengan ibadah yang boleh mendatangkan pahala, hatta
sedang memasak masih boleh bertazkirah.
-----------------------
Makanan siap terhidang
dengan donat lembut yang menjadi penyeri juadah mereka hari ni. Sementar
menunggu waktu berbuka, mereka tetap dengan rutin harian, bertadarus hingga terdengar azan berkumandang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan