Senyuman indah

Isnin, 25 Februari 2013

Temui pengajaran dalam perjalanan

beberapa hari yang lalu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah bersama keluarga.. di suatu simpang empat lampu isyarat berwarna merah.. semua kereta mula berhenti dari bergerak.. beberapa minit selepas itu, lampu hijau kelihatan, sudah pasti masing-masing bersiap sedia untuk memulakan perjalanan.

tiba-tiba dihadapan ada sebuah kereta wira berwarna merah, walaupun lampu telah hijau tetapi dia masih tidak bergerak, semua orang masih menunggu, tiba-tiba pemandu kereta tersebut keluar dari keretanya dan menahan kereta disebelahnya dari bergerak.

aik?! kenapa pulak? semua orang tertanya-tanya sambil memerhati tindakan pemandu tersebut..

anak kucing!!! lincah berlari diatas jalan, pemuda tadi berusaha untuk menangkap kucing tersebut.. dia menunduk untuk mengambil anak kucing dibawah kereta yang berada disebelah keretanya. anak kucing tersebut, terus berlari. pemuda tersebut bangun sambil berusaha mendapatkan si comel itu.

dengan gaya tagan, dia menyuruh kereta tersebut berganjak sedikit ke hadapan supaya mudah dia mengambil anak kucing itu.

kereta tersebut bergerak..aaaa!! aku separuh menjerit, kaki kecilnya ditindis oleh kereta tersebut..

sayu mendengar suara anak kucing tersebut menangis. mungkin kerana kakinya yang sakit, dia agak payah untuk bergerak aktif..pantas pemuda tersebut mengambilnya dan menunjuk kucing tersebut kepada pemandu kereta belakang (aku beranggapan mungkin kerana dia takut pemandu lain memarahinya kerana masih tidak bergerak walaupun lampu sudah hijau atau menjawab persoalan mereka) sebelum dia membawa masuk kucing tersebut ke dalam keretanya.

siapakah pemuda berhati mulia itu? sifat penyayang dan kasih sayangnya terserlah...

dia mencontohi teladan mulia, Nabi dan para sahabatnya.