Senyuman indah

Jumaat, 31 Ogos 2012

Novel..haha

H
embusan bayu pagi, dengan keindahan panorama sawah padi, kelihatan di sawah para petani mula membanting tulang untuk mencari rezki, burung-burung mula berterbang riang melintasi petak-petak sawah, sebuah perkampungan yang sungguh indah, jauh dari kesebukan kota, sang suria yang tidak pernah ingkar dengan perintah, sudah mula melaksanakan amanah, menyuluh setiap penjuru bumi dengan cahayanya.
Sebuah beranda rumah yang menghala ke arah sawah padi, seorang gadis termenung sendirian, fikiran melayang entah ke mana, jauh disudut hati gadis desa ini, ada sesuatu yang meruntun kalbu, mampukah Nabila yang berasal dari keluarga yang sederhana ini menggapai kejayaan seperti insane lain. “Nabila biar pun kehidupan kau tidak semewah insane lain, tapi itu tidak bermakna kau tidak boleh berjaya seperti mereka, kerana punca kejayaan adalah pengorbanan, selebihnya doa dan tawakkal” bicara Nabila sendirian. Nabila meneruskan studynya, memandangkan dia akan menempuh dua peperiksaan pada tahun ini, peperiksaan STAM seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, dan peperiksaan Syahadah adalah silives khas bagi sekolah menengah agama swasta.
            Sungguh cepat masa berlalu, menamatkan waktu cuti bulanan yang begitu singkat, begitu berat hati Nabila untuk melangkah ke asrama, terasa bosan dengan kebisingan hiruk piruk kota, Nabila lebih selesa dengan keindahan suasana kampung, lebih tenang dan tenteram untuk mengulangkaji pelajaran dengan hanya melihat kehijauan padi.
Biar pun seorang pelajar yang pandai dan sering mencipta nama dalam kategori pelajar cemerlang disekolahnya, apabila peperiksaan semakin hampir debaran tetap terasa. Nabila berusaha sekeras mungkin untuk mendapat keputusan yang cemerlang bagi kedua-dua peperiksaan tersebut, kerana ini tahun terakhir Nabila di sekolah menengah dan tahun depan bakal menyandang gelaran mahasiswa di university tempatan atau pun luar Negara.

Khamis, 30 Ogos 2012

Bagiku satu hinaan..

aku sering mendengar:
"kamu ni malas mengaji, besar nanti nak kerja apa?bela lembu?" marah cikgu kepada anak muridnya.
"belajar sungguh2 supaya besar nanti tak la kerja kampung ja" kata ayah memberi nasihat kepada anak2.
"aku nak belajar sungguh2, besar nanti leh kerja hebat, tak da la kerja penoreh ke petani ke" anak2 mula menanam azam.

menteliti bodoh yang perlu diubah..

cuba bayang kalau ungkapan sebegini didengari oleh mereka yang berkejaya seperti itu, apa perasaan mereka?

lekehkah berkerja sebagai peladang, penoreh, petani, pengembala? dari mana datangnya minyak masak untuk makanan harian kita?dari mana terhasilnya tayar kereta mewah anda?dari mana datangnya sesuap nasi untuk santapan keluarga?benar semuanya dari Allah, tetapi hasil usaha dan jasa siapa semua ini terhasil.. manusia selalu memandang yang tersurat, tetapi tidak pernah memandang yang tersirat..

secara materialnya..mungkin berkerja seperti ini gaji tak mahal, jangan2 gaji mereka dua kali ganda melebihi gaji orang yang kononnya berkerja hebat.

jika belajar dengan orang yang lebih alim,  dimana keberkatan ilmu kita jika niat belajar untuk berkerja, bukan kerana DIA.. dimana akidah kita, jika percaya rezki datangnya dari sijil kita, bukan pemberian DIA..

Maha benar firmanNYa, yang mulia disisi Nya hanyalah yang bertaqwa, bukan rupa, pangkat, harta..

bukankah baginda Nabi Muhammad juga mengembala, bukankah Nabi Ibrahim sebagai 'Najjar' (tukang kayu or tukang besi.. penulis tak pasti, mohon share bagi yang tahu), bukankah Imam Abu Hanifah penjual pakaian?ah, banyak lagi siri tauladan silam, yang menceritakan hamba yang berkerjaya biasa, zuhud didunia, tetapi mulia disisNYa..

moral: jangan cepat menghina insan lain, jangan pernah berbangga dengan kelebihan yang ada.. semuanya anugrah Sang Pencipta.

Ahad, 19 Ogos 2012

ucapan raya

salam semua..sahabat2 dan teman seperjuangan yg dirahmati Allah..lebaran yg mulia, umat islam kembali kepada fitrah..kita tidak boleh menahan ramadhan dari pergi, tidak boleh meminta syawal segera menghampiri, kerna itu kerja DIA Rabbul Izatti..apa yg boleh kita lakukan adalah memanfaat dan menghayati saat dia datang.. moga ramadhan yg telah berlalu, melayakkan kita untuk mendapat title takwa yang telah dijanji Allah..

kalau dulu tradisi ucapan aidilfitri dan salam kemaafan melalui kad raya, tetapi sekarang tidak lagi, zaman sudah berubah, manusia mula memanfaatkan teknologi di hujung jari..

utk semua yg mengenali diri ini:
"selamat hari raya Aidilfitri, minal aidi wal faizin, mohon berjuta kemaafan diatas segala kesalahan dan tingkah laku yg tidak menyenangkan, moga kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia dan syawal yg begitu bermakna ditahun hadapan, dalam merai kegembiraan jgn pernah kita lupa pada mereka saudara seislam yg sedang berada didalam peperangan, kelaparan, kesedihan, kesakitan"

selamat hari raya,
selamatkan umat islam di palestin, syria, rohingya,
selamatkan mangsa kebuluran di somalia,
moga kita semua selamat hingga ke jannahNYA.

amin ya RAbbal alamin..

untuk sahabat2 ditanah air jemput datang kerumah :)
untuk sahabat2 diperantauan, jangan sedih2, moga pengalaman ni memeberi sejuta makna :)
untuk sahabat2 yg dah berkerjaya jangan lupa hulurkan duit raya ;)

Selasa, 14 Ogos 2012

Pengajaran dari Kueh Donat


‘Dah masuk 10 terakhir ramadhan ni, bila la malam lailatul qadar’. Maryam yang sudah pun baring diatas katil terus memikir-mikir persoalan itu hingga matanya terlelap. “jangan tunggu pokok sujud baru kita nak sujud!” Mariam terkejut dari tidurnya. Pesanan seorang Ustaz yang agak popular di tanah air dengan akhlak nya yang bagus sesuai dengan keturunannya hadir dalam mimpi Maryam.


Maryam melihat jam ditangan menunjukkan pukul dua pagi, Maryam bangun khidmat diri langsung berqiyamullail. Air matanya mengalir, hanya lagi lima hari tempoh untuk bersama dengan Ramadhan, andai kata Ramadha boleh ditahan dari meninggalkan kita, pasti dia ingin menahannya, untung dia menjalani Ramadhan di bumi Mesir, walaupun Ramadhan sudah kepenghujungnya tidak ada iklan-iklan raya yang boleh mencairkan nafsu setiap perempuan, jauh beza dengan di Malaysia, iklan baju raya, kueh raya, perabot semuanya bersepah dari awal Ramadhan lagi.


---------------------------------
Selepas solat Asar maryam khusuk dengan tadarusnya, mengejar target untuk khatam tiga kali dalam bulan Ramadhan kali ini. Setelah selesai tadarus,Maryam bersiap-siap masuk ke dapur untuk memasak juadah berbuka hari ini.


 “jom tolong masak” Maryam mengajak Qudsiyyah yang dari tadi termenung jauh di tingkap biliknya.


“kak yam masak menu apa hari ni” Tanya Qudsiyyah, sepupu yang sama-sama melangkah ke bumi mesir beberapa tahun lalu.


 “kita buat donat special hari ni” jawab Maryam sambil tersenyum.


Tekun Maryam menguli tepung donatnya, Qudsiyyah hanya memerhati, kadang-kadang dia ketawa melihat betapa semangatnya Maryam menguli tepung hingga badannya juga turut bergerak.


“semangatnya kak yam, hehe” Qudsiyyah terus ketawa.


“ha, macam ni la kalau nak donat sedap kena semangat buatnya, bersungguh-sungguh uli sampai lembut, walaupun kadang-kadang rasa tension, geram, lenguh..macam tu la jugak kita dalam Ramadhan ni kena sungguh-sungguh buat ibadah, walaupun letih, lapar dahaga, malas, kena tahan diri dari lihat benda haram, jangan makan benda syubhah  sebab apa? Sebab kita nak rasa kelazatan dan nikmatnya merai kemenangan di hari raya” Qudsiyyah hanya mengangguk faham setelah mendengar syarahan percuma dari kakak sepupunya itu.

“bila donat tu sedap, nak makannya pula jangan gelojoh, kena jaga adab, baca doa supaya ada keberkatan dalam kenikmatan, macam tu juga nak raya, jangan seronok sampai tak peduli halal haram, tabarruj dalam pakaian, pembaziran waktu makan, salam laki pompuan suka hati, paling ketara dengan sepupu, walau pun terlalu rapat tetap haram juga bersalam dan bersentuh, sia-sia ja tarbiah sebulan yang dapat, burn terus tetle taqwa yang Allah janji dengan sebab berhari raya tanpa ikut syariat” Adilah seorang junior baru yang sedang membasuh beras mula menyampuk perbualan mereka, lagaknya seperti seorang pemidato hebat.


“betul” laju Maryam dan Qudsiyyah memberi respon terhadap Adila.


Nikmatnya hidup andai pandai menafaat masa, setiap detik yang berlalu dihiasai dengan ibadah yang boleh mendatangkan pahala, hatta sedang memasak masih boleh bertazkirah.


 -----------------------
Makanan siap terhidang dengan donat lembut yang menjadi penyeri juadah mereka hari ni. Sementar menunggu waktu berbuka, mereka tetap dengan rutin harian, bertadarus hingga terdengar azan berkumandang.

Khamis, 9 Ogos 2012

pengajaran..

Kemarin, dihujung fatrah keampunan Tuhan dalam bulan mulia..aku bersiap2 untuk menghadiri ifthor jamai'..tiba2 terdengar bunyi siren ambulanc dengan kelajuan yg amat tinggi..tersentak dadaku, terasa sungguh gementar.. maka dalam diam, terinspirasilah aku untuk berpuisi (bermadah yang tak seberapa pujangga :) )

Matahari hampir terbenam..hamba2 yang berpuasa sedang menanti kegembiraan..menelan air liur kelazatan..Allah sedarkan ku dengan suatu keadaan..saat kita sedang memerhati juadah penuh kenikmatan..walaupun terkadang menguji kesabaran, menahan kelaparan.. ada disana insan yang sedang mengalir air mata kesedihan, ada jiwa yang sedang menderita kesakitan, ada diantara mereka yang sedang bertarung dengan kematian..

Apakah perasaan kita?adakah biasa saja, tidak adakah walaupun sedikit kesedaran..ya, memang benar musibah itu tidak menimpa diri dan keluarga kita, tetapi ini mungkin masa mereka, mungkin akan sampai juga masa kita, ataupun kita sudah pernah merasa..

Rintihan

Suasana senja sering menghadirkan rasa sayu di kalbu, saat manusia mula beristirehat, melepaskan penat lelah berkerja, unggas juga terbang bahagia pulang ke sarangnya..

terkadang diri di landa bahagia, ibarat sedang mendengar alunan merdu, terkadang pula sepi terasa, seolah-olah tiada yang sudi bersama..kerinduan mula meniup hembusannya direlung hati, mula timbul rasa rindu pada mereka yang pernah wujud dalam hidupku, yang pernah melakar mimpi bahagia dan kisah duka bersama..

pengharapan timbul berbunga, pada DIA aku menadah tangan meminta, dikabulnya cita-cita yang sudah lama bertapak ditanah jiwa..

lihat lautan diwaktu senja, mentari mula melangkah ke tempat beradu, membiarkan rembulan menggantikannya..laut yang biru kini dihiasi cahayanya, tiada ungkapan melainkan Subhanallah, sungguh indah ciptaanNya..kita mula belajar akur dengan perintah, terima akan takdir..mentari tidak pernah ingkar, sampai masa biarkan rembulan mengambil tempat..laut tidak pernah menghalang mentari menghampar cahayanya..yakin takdir Allah adalah indah dan penuh hikmah…

Salam alaiki ya sohabati..

Buku sastera arab yang bertajuk ‘ana wa wathoni wa ummati’ karangan seorang gadis yang bernama ‘Azad Munir Al-Ghadhban’, ini lah buku sastera arab yang aku minati tika ini..

Dengar sahabat ungkapan Azad buat sahabat baiknya ‘risalah ila sodiqi wa rofiqi darbi’, ku rasa luahan hatinya sama dengan apa yang aku rasa saat ini, ku cuba untuk menterjemah tiap bait kalamnya.

Ukhuwah..satu kalimah yang begitu bersinar di hatiku..dengannya aku merasa kehidupan dengan begitu tinggi maknanya.

Aku tulis risalah ini menggambarkan perasaanku dan perasaan mana-mana kawan yang jauh dari kawannya, saudaranya, dan sahabatnya:

Saudaraku/sahabatku

Daripada hamparan langit. Keindahan bulan, biruan laut, benang putih fajar, ketenangan waktu sahur.. aku menulis untukmu..

Wahai orang yang telah mengukir namamu dalam langitku..

Telah membawa bersamaku kemanisan hidup dan laluannya, dan kesabaranku ke atas kerinduannya..

Wahai orang yang telah menyinari jalanku, melukis mimpi2 bersamaku, menjaga ku, akan ku lukis suaramu di waktu pagi, dan diatas lembaran embun di waktu fajar, dan ku ukir namamu diatas ranting2 pokok dan dedaunnya, dan aku bernaung dengan kecintaanmu selama-lamanya..

Akhi/sohabati.. bagi tiap sesuatu ada akhirnya..dan untuk kisah kita tiada akhir..sekalipun kita sudah mati dan ditelan bumi, maka perjanjian kita diatas mimbar daripada cahaya..dibawah naungan arasy.. ukhti sohabati..jika berpisah jasad kita..ruh kita tetap satu..tak akan terpisah selamanya..kekal bersatu seindah keindahan cinta..melakar lembaran cita2 dan kerinduan..

P/S: hanya bait yang diketahui makna saja yang diterjemah, dan dalam terjemahan ini pasti terdapat banyak kesalahan..afwan minni..

Rabu, 8 Ogos 2012

Rencah Dunia

aku merentasi lautan,
disebuah tempat aku mula berjalan,
demi segantang pengalaman,
untuk bekalan menghadapi mehnah kehidupan.
aku melihat suatu keadaan,
anak-anak kecil di jalanan,
sambil menadah-nadah tangan,
aku bertanya pada teman,
di mana ibu ayah, tempat mereka mendapat kasih sayang,
mengapa mereka seperti anak buangan,
seolah-olah tidak ada masa depan,
satu jawapan amat menyedihkan,
mereka hidup dalam kemiskinan,
dibawah pemerintah yang mengamalkan kezaliman..

aku berjalan di daerah lain,
aku terdengar bunyi dentuman,
aku melihat peluru-peluru berterbangan,
aku menyaksi mayat-mayat bergelimpangan,
anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa keadaan,
wanita-wanita diperkosa dengan kejam,
pemuda-pemuda dibunuh tanpa mengira keadaan,
aku menangisi ketakutan,
tempat apakah ini ya Tuhan,
rupanya itulah tempat peperangan,
mereka di perangi oleh musuh Islam..

aku trauma mengingati memori semalam,
saat aku dalam perjalanan,
hatiku merintih pilu,
air mataku mengalir sendu,
dadaku seolah ditusuk sembilu,
apalah nasib saudara-saudaraku..

aku berjalan dan terus berjalan,
aku temui mereka di satu kawasan,
bibir mereka mengukir manis sebuah senyuman,
mereka hidup penuh tenteram dan aman,
aku bingung kenapa daerah ini begitu berlainan,
aku bertanya mereka dalam satu pertemuan,
akhirnya ku tahu mereka hidup di bawah pemerintahan Islam..

memang benar sejarah silam melakarkan,
indahnya pemerintahan Islam,
siapakah khalifah yang memeintah 2/3 Dunia,
siapakah yang digelar khulafa' Ar-Rasyidin kelima,
Indahnya pemerintahan di zaman mereka,
apabila Islam menjadi kiblat yang utama..

Renungan…….

Jika kita seringkali melihat pada mereka yang kaya,
 pasti kita merasa kita serba kekurangan, 
akan tetapi jika melihat pada mereka yang lebih susah,
 pasti kesyukuran yang dapat kita rasakan 

indahnya jika dalam hal ibadah,
kita melihat pada mereka yg banyak ibadahnya,
saat itu pasti kita merasa kerdilnya diri kita
dihadapan Pencipta berbanding dirinya,
itulah hikmahnya agar kita berlumba 
dalam mengabdi diri pdNYA..

Jika dalm hal dunia lihat pula pada mereka
yang lebih merana dari kita, usahkan belajar
untuk makan pun tidak punya apa2,
sudah tentu timbul kesedaran 
lalu bersyukur dengan pmberianNya...

itulah hikmah bagi diri yang berfikir
agar tidak terus tamak dan leka dengan keindahan dunia........

renunglah ungkapan Hassan Al-Basri:
"dunia umpama ular 
lembut sentuhannya.
tetapi.....................
mempunyai bisa
yang boleh mematikan"

impian

orang yang bijak adalah orang yang belajar,
dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain,
pengalaman bukanlah khayalan,
tapi ia realiti sebuah kehidupan..

aku berjalan meniti kehidupan,
terus merangkak di titian ujian,
aku bangun menuju lembah kesabaran,
akhirnya aku bertemu hikmah dari Tuhan..

usia remaja ku penuh harapan,
aku punya cita2 dan impian,
aku dibesar dengan didikan,
hingga aku menggengam kejayaan..

terbang tinggi di awan,
air mata menjadi peneman,
aku jejaki tanah perantauan,
bukan tujuanku mencari keseronokkan,
akan tetapi aku menjunjung sebuah harapan..

kini aku menjejaki tanah airku,
bukan bererti aku sudah tamat menuntut ilmu,
di tanah airku akan bermula fatrah baru,
aku ingin menggapai kejayaan setinggi awan
yang pernah aku sentuh dahulu,
sedalam lautan yang pernah aku merentasi seketika waktu..

sepertiga malam menjadi saksi diriku,
tersusun jari jemariku memohon pada yang satu,
moga kejayaan dan keberkatan  mengeringiku,
dalam setiap langkahku di medan ilmu..

Bisikan hati..

Saat sendirian,
segalanya bermain difikiran,
jiwa resah hati gelisah,
ntah apa perlu ku ungkapkan,
mungkin cuma perasaan..
ingin sekali ada yang mengerti,
sentiasa disisi menemani,
sudi mendengar setiap bait puisi,
yg akan keluar dari diri yang sepi...
inilah nasib diri,
teramat rindu pada family & sahabat sejati,
bersama mereka ku gah berdiri,
kata2 mereka penuh motivasi..

inilah diri pendamba kejayaan,
jalan menuju kejayaan penuh pengorbanan,
terpaksa berjauhan dengan insan tersayang,
demi cita2 yg diimpikan...
di bumi mana cita2 kan berpijak,
sedangkan persahabatan kan tetap tegak,
cita2 ini mendapat dukungan,
namun berjauhan berat untuk kurelakan....

disebalik lembaran sejarah islam,
semua serikandi menjadi pahlawan,
gah berdiri dimedan juang,
tanpa gentar demi islam..
Dunia modern melakarkan,
sosok wanita yang boleh dibanggakan,
dengan hasil kejayaan
mereka menjadi teladan..

dengan melihat dunia aku mendapat inspirasi,
dari melihat pengalaman aku mendapat motivasi,
aku ingin menjadi anak yang boleh dibanggakan,
anak yang solehah anak yang cemerlang dalam kehidupan,
yang bisa mengalir air mata kegembiraan,
dipipi insan yang banyak berkorban.....
mana mungkin harapan tanpa sandaran,
kepada DIA aku mengharapkan,
kabulkan permintaan,
kurniakan aku kejayaan.......

AllahuRabbi................

Pendamba cita2 dan cinta

Alam bagaikan menjadi saksi,
sedih yang ku rasai,
aku rindukan kejayaan yang pasti,
untuk cita2 yang aku impi..


aku termenung bukannya murung,
aku termenung bingung,
soal cita dan cinta terus ku fikir,
kemana tamat dan kesudahnnya..

wujud aku ada cita dan cinta,
aku ingin pemberi inspirasi dan motivasi,
penguat jiwa dan hati,
aku pendamba cita2 dan cinta,
dambaanku bukan khayalan,
ku mohon Tuhan hampar untukku jalan,
demi mencapai apa yang dimpikan..

aku ingin pengembaraan ilmuku bermula,
biarlah aku menjadi seperti Ibn Batuta,
mengembara ke pelusuk dunia,
dengan semangat waja..

Allah di Arasy tinggi maha melihat bisikan hati Insani..
buka lah jalan untukku ya Rabbi,
agar cita2 ini bukan hanya mimpi tapi mnjadi realiti..
makhluk langit terus menjadi saksi
pada sekeping hati yg bercita2 tinggi..

cita2 aku utamakan tapi cinta tidak ku hindarkan,
aku ibarat perjalanan ke ke sebuah mahligai idaman,
cita2 jauh di depan,
dipertengahan jalan cinta mnghulurkan salam,
aku smbut lalu sama2 mnuju yg diredhai Tuhan,
wujud aku ada cita dan cinta,
kerna itulah aku pendamba cita2 dan cinta..

Asap membawa Mudharat


Jelas didalam alquran,
Membazir saudara syaitan,
Tapi kenapa……
Dunia terus menyaksikan,
Gumpalan Asap dari mulut umat islam..

Aku mungkin dari jutaan mangsa,
Yang mnghidu asap rokok dimana-mana,
Bukan saja tidak senang dengan baunya,
Malah kesannya yang amat berbahaya..

Berapa banyak fakta demi fakta didedahkan,
Kesan rokok yang memudharatkan,
Bukan saja hanya pada tuan badan,
Malah insane disekeliling turut mendapat kemudharatan,
Hatta bayi dalam kandungan..

Tiap hari ada saja wang yang dibakarkan,
Tapi terus merasa seperti dibuai kenikmatan
Manusia tidak ada kesedaran
Kerana wang dibakar melalui kiasan..

Sedangkan berapa ramai insane memerlukan,
Terus meminta-minta untuk mendapat sesuap makanan,
Anak-anak yang punya cita-cita terpaksa terus memendam
Kerana tidak punya wang untuk biaya kos pengajian..

Alangkah cantik,
Jika wang itu kita buat amalan,
Sedekah jariah satu tuntutan,
Tidak rugi kerana ada ganjaran,
Ia menjadi saksi di hari pembalasan..

Sedarlah wahai semua,
Aku datang bukan menghina,
Tapi hanya nasihat dar isaudara seagama,
Moga kita semua mendapat redhaNya..

Cinta


Cinta itu fitrah,
hati berbunga saat sang pria ucap kata cinta,
penuh bahagia penuh rela, terima seadanya
akan tetapi ingatlah teman,
cinta dinilai bukan dari sempurna wajah dan harta,
tapi nilaian taqwa dan agama..

ana uhibbuki,
1perkataan penuh getaran,
dalam hati ada taman,
apakah ini petunjuk Tuhan,
masa yg dinanti seakan telah datang,
saat persoalan dikemukakan,
 jawaban diberi adalah gerakan hati dari Tuhan,
meniti hari penuh debaran, tiap detik dihias senyuman,
terus gembira dalam diam..

Dalam istikharah cinta terselit segala jawaban,
Istikharah adalah jalan terbaik dalam mencari cinta yg diredhai Tuhan,
Yaallah andai benar dia bakal imamku,
biarlah kami dan insan sekeliling kami saling terima menerima seadanya,
kerana aku tahu perkahwinan bukan hanya menyatukan dua hati,
tetapi menyatukan dua keluarga..

Manusia tidak pernah sempurna,
ada kekurangan dan kelebihan itu biasa,
saat lafaz mulia diungkap peria,
biar lah hati terbuka untuk menerima,
kelebihan dan kekurangan menjadi pelengkap rumah tangga,
demi mahligai bahagia dan zuriat tercinta,
moga cinta ini kekal hingga jannahNYA..

Mudah mengungkap………


Mudah sekali mengungkap sabar,

saat orang lain ditimpa musibah,

tetapi jika musibah menimpa diri,

kesabaran tiada lagi,

yang ada hanya menyesali & menangisi,

jika sabar pun tidak mampu,

apatah lagi redha,

sabar & redha 2 sifat yang berbeza,

di maqam yang berbeza,

inilah diriku hamba hina,

kadang2 sedar kadang leka,

untung Allah tetap mengasihi,

biar pun terkadang  melupakanNya,

DIA lempar kesedaran dalam diri,

supaya tidak terus lena dalam mimpi duniawi....