Senyuman indah

Jumaat, 21 September 2012

Muassasah

Aku berkesempatan mengikuti program2 sempena sambutan 25 tahun muassasah darul ulum.. salah satu program yg begitu terkesan di hati aku adalah  forum bersama 3 orang anak tok guru.. Ustaz Fawwaz, Ustaz Khalil, Ustaz Nik Abduh ( tetapi diganti oleh ustaz Husam anak mufti kedah kerana tidak dapat hadir).

antara 3 ahli panel, penyampaian dari ustaz fawwaz yg paling menyentuh hati.. dengan soalan yg dikemukakan 'adakah boleh melahirkan ilmuan islam seperti as-syafii, alghazali dengan zaman yg makin mencabar ini?' jawapan dan kupasan dari ustaz sungguh menarik, dengan hujjah yg begitu mantap.. kata beliau nak lahir ilmuan islam ada lima rukun Guru yg cemerlang, anak murid, dana, ideologi dan institusi..

ustaz banyak menyentuh isu muassasah kerana beliau merupakan anak kepada pengasas Muassasah iaitu almarhum USTAZ FADZIL NOOR.. aku yakin bagi siapa yg sayangkan Muassasah pasti hampir menitis air mata apabila terdengar luahan ustaz mengenai bumi muassasah..bagi aku ustaz fawwaz seorang ulama muda yg profisional, mirip kepada almarhum..

9 tahun aku pernah lalui liku-liku hidup di Muassasah, banyak perkara dan perubahan yang aku lihat, samaada di zaman Pas di pihak pembangkang atau kerajaan, hari ini aku mendengar sendiri luahan hati dari anak pengasas Muassasah, hampir sama dengan apa yg aku rasakan selama ini..

Muasassah ditubuh atas pemikiran almarhum Ustaz Fadzil Noor, tempat ini ditubuh bukan mudah, perlu berkerja keras, banyak liku yang harus ditempuh oleh almarhum dan pejuang seangkatan dengan beliau..mereka berjuang bermati-matian mempertahan tanah muassasah dari dirampas.. harapan ustaz Fadzil terhadap Muassasah begitu besar.. tetapi hari ini selepas kematian beliau berapa ramai yg masih menyokong pertubuhan Muassasah, berapa ramai yang sanggup menyumbang dana, berkorban tenaga? program2 dan pengajian yg diadakan dibumi Muassasah kurang mendapat sambutan..sedangkan Muasasah adalah tanggungjawab ahli pas dan umat islam bukan tanggungjawab pihak Kidu dan Smidu sahaja.. (ini antara point penting yg aku faham dari apa yg ustaz cakap tadi)

apa yg aku lihat, muassasah milik siapa? bukankah sekarang mereka berkuasa?kenapa tidak ada beza zaman mereka berkuasa dengan zaman mereka tidak berkuasa? kalau dalam ucapan depan ahli gahnya mereka "kita ada sridunya, smidunya, kidunya" tetapi hanya percakapan , sokongan tiada langsung.. ke sana ke mari, berucap berapi-api, bukan muassasah yg dipromosi tetapi kolej milik kerajaan negeri.. bukankah itu milik negeri, siapa merintah dialah berhak keatasnya.. muassasah siapa pun merintah, pembangkang or kerjaan kah kita, muassasah tetap milik ..........................? jawab la sendiri.

bersambung di lain coretan..................... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan