Senyuman indah

Khamis, 6 Disember 2012

Air mata kesabaran


Anak soleh solehah, ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar untuk dipraktik. Seorang gadis yang sedang meningkat usia remaja, jiwanya bergetar hebat menahan kesabaran daripada terjerumus melakukan perangai-perangai yang boleh menjadikannya anak derhaka. Menjalani cuti semester selama dua bulan dirumah bukanlah satu perkara yang menggembirakan selalu, kadang-kadang rasa bahagia, kadang-kadang sebaliknya.
“YaAllah, sampai bila aku harus bersabar” rintih Aina sendirian, sedih memikirkan nasib diri dan keluarganya, terkadang dia merasa kuat apabila memikir ada insane yang lagi derita daripada nasib dirinya, terkadang emosi sendiri apabila nafsu menguasai diri.
--------------------------
“sabarnya seorang ibu” Aina memerhati pekerjaan seharian ibunya, mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan sebagainya. Tanpa mengenal penat lelah, hanya waktu malam masa ibu untuk beristirehat.
“ibu nak beli periuk baru la, payah nak masak periuk tak da” beritahu Ibu pada Aina. “ok tu, ibu beli la” Aina menyokong saranan ibunya..
---------------------------
“beli apa yang baru, yang lama kan dah ada, membazir!!!!” marah Ayah Aina pada Ibunya, Aina mendengar kemarahan tersebut terus menagis. “YaAllah apakah tak boleh Ibu nak sesuatu yang baru, semua pemberian untuk Ibu masih tak terbalas jasa Ibu mengandung, melahir, menjaga, mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa, ah….” Aina terasa ingin membela Ibunya, tetapi takut suaranya meninggi hingga melawan ayahnya.
-----------------------------
Sedih Aina mendengar luahan Ibunya. Beli guna duit Ibu sendiri pun ayah marah, apatah lagi nak guna duit ayah, kadang-kadang ibu simpan duit untuk beli sesuatu tetapi akhirnya ayah minta, ibu terpaksa bagi sebab kasihan kan ayah. Aina bingug dimana tanggungjawab ketua keluarga, kenapa tidak sempurna nafkah yang diberikan, apakah makna disebalik sabdaan nabi yang bermaksud “sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik diantara kamu” panjang persoalan yang Aina fikir, Aina termenung, tanpa sedar air matanya mengalir. “yaAllah jadilah aku anak solehah, sabar terhadap karenah orang tuaku seperti mana mereka sabar rerhadap karenah ku” doa Aina sendirian sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya.
-----------------------------
Dengan berat hati Aina melangkah semula ke kampus, tiada sedikit pun perasaan gembira, entah apa yang meruntun fikiran Aina sekarang ini, Aina kuatkan diri, cuba melempar senyuman kepada kawan-kawan seolah-olah dirinya bahagia. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aina melihat senyuman girang kawan-kawannya saat mengambil keputusan peperiksaan semester lepas, walaupun hati menangis, bibir tetap mengukir senyuman, Aina gagahi juga melangkah ke tempat pengambilan slip peperiksaan. “yaAllah ujian apa lagi” Aina berlari pulang ke asrama, serentak kawannya berpandangan, mereka seolah-olah tahu apa yang menimpa Aina.
‘Aina sambungla belajar dalam bidang pengajian syariah Islam di Kolej tu, disana belajar dalam bahasa arab, boleh anak abah mantapkan bahasa Arab’  saran ayah Aina. Aina keliru antara ikut kehendak hati atau hasrat orang tuanya. Aina melihat ke dinding bilik, medal emas miliknya tergantung rapi, tempat pertama dalam acara badminton wakil peringkat sekolah dan negeri, dengan hasil kejayaan tersebut menyebabkan Aina mendapat tawaran untuk menyambung ke sekolah sukan Bukit Jalil, tepat dengan kehendak dan cita-cita Aina. ‘kolej tu biahnya Islamic, terbatas pergaulan laki perempuan, tarbiahnya mantap, kalau sekolah sukan tak tau lah macam nama, silap-silap aurat pun tak tutup’ Ayah Aina tetap dengan hujahnya, Aina hanya mengangguk, tidak berani melawan percakapan ayah kerana rasa hormat yang begitu tinggi terhadap ayahnya.
Satu persatu kenangan lama menerjah fikiran, Aina mengambil keputusan, memberitahu ibunya untuk berhenti belajar dikolej tersebut dan menceburi bidang lain yang banyak menggunakan bahasa Inggeris memandangkan Aina mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris daripada Bahasa Arab, ibunya bersetuju tetapi ayah tidak memberi sebarang respon. Setelah dua hari di kampus, Aina pulang semula ke rumah.
------------------------------
Walaupun kadang-kadang Aina tertekan dengan dirinya yang masih keliru untuk menyambung pelajaran ditempat mana dan dalam bidang apa tetapi kadang-kadang Aina gembira kerana dapat mengurangkan beban kerja ibunya, membantu ibu memasak dan mengurus adik-adik. Waktu lapang Aina mengisi dengan melayan facebook dan membaca blog. Bbbbbzzzz, sedang Aina leka dihadapan laptopnya tiba-tiba satu sms masuk ke telefon bimbitnya.
Salam, macam mana dengan keputusan exam sem lepas? Sms dari kakak seniornya yang telah tamat belajar di Kolej tersebut menyedarkannya bahawa dia tidak mencerita keputusan yang telah dibuat kepada insane yang banyak membantu dan memberi nasihat kepadanya.
W’salam kak Ida, Aina dah buat keputusan berhenti sebab sem hari tu gagal 5 subjek, tak mampu la, nak belajar dalam bahasa arab ni. Serba salah Aina membalas, takut-takut kakak seniornya sedih dengan keputusan tersebut.
Owh, nak belajar mana pulak?
Tak tau lagi, nak cari kos yang belajar dalam bahasa Inggeris. Aina jujur dengan keputusannya.
Good luck tau. Ringkas balasan yang Aina dapat.
Kak ida tak marah? Perasaan bersalah masih menghantui diri Aina.
Kadang-kadang apabila berhadapan dengan satu situasi kita perlu mengambil jalan menasihati, kadang-kadang pula kita perlu mengambil jalan memahami. Mesej yang penuh motivasi Aina dapat daripada kakak seniornya, yang kini sedang mengukir nama dalam dunia penulisan tanah air.
Thanks tau, terus bagi semangat kat Aina ek. Aina puas membaca mesej tersebut, terus dia membalas dengan bibir mengukir senyuman. Aina rasa bertuah dipertemukan dengan seorang insane yang dianggap seperti kakak sendiri, walaupun jarak umur mereka hanya setahun cuma.
------------------------------
“mengaji pun tak pandai, asyik gagal ja” tajamnya peril yang ayah Aina lontarkan, terus hilang selera Aina untuk menjamah makanan yang masih berbaki dalam pingannya. Aina hanya tersenyum, walaupun air matanya hamper terjatuh. “Aina kena kuat semangat, banyak bersabar, rangcang strategi, buktikan kejayaan Aina” kata-kata itu lah yang sering memujuk Aina, menjadi tongkat untuk Aina terus bertahan, menjadi Inspirasi untuk Aina teguh dengan prinsip tidak menderhaka orang tua, tidak melukai mereka dengan kata-kata.
“seorang ayah hanya nak yang terbaik untuk anak dia, dia nak melihat kejayaan anak dia, Aina ubah lah mood ayah dengan kejayaan Aina” lagi nasihat yang Aina dapat dari kakak seniornya setelah dia mengadu nasib dirinya yang sering diperli oleh Ayah. Hingga kadang-kadang marah ayah pada ibu lebih teruk dari sebelum ini.
-----------------------------
Menceburi bidang kaunsling yang banyak belajar dalam bahasa Inggeris begitu menyenangkan Aina, Aina bukanlah tidak meminati bahasa arab tetapi kemampuannya agak lemah. Aina sebuk dengan rutin harian, belajar dan terus belajar memandangkan peperiksaan yang semakin hamper.
“Anugrah dekan bagi jurusan kaunsling disandang oleh Aina Nabila” pengumuman yang membuatkan ibu dan ayah Aina tersenyum. Aina berlari mendapatkan kedua orang tuanya, satu kucupan mesra Aina terima. Aina melihat kedua orang tuanya menangis, Aina turut menangis, rasa bahagia kerana dapat membuat mereka tersenyum dan mengalir air mata kegembiraan.
Sedang rancak Aina bersembang dengan orang tuanya, tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang dari belakang, Aina cuba melepas tangan tersebut tetapi tidak berjaya, tiba-tiba Aina terdengar “Tahniah Aina” hah, sepertinya Aina kenal suara tersebut tetapi tetap tidak berjaya membuka pekupan dimatanya. “kak ida…” Aina menjerit gembira. Setelah matanya dibuka Aina menoleh, dilihat Aida sedang tersenyum memandangnya.
------------------------------
            Berkat kesabaran Aina, pertahankan prinsip tidak mahu melukai mereka dengan kata-kata, biar apa pun yang Aina terima, hanya senyuman sebagai respon kepada mereka, akhirnya hikmah melimpah, kejayaan Aina mampu merubah mood seorang ayah. Sedaya upaya Aina cuba menegur ayahnya agar jangan selalu marahi ibu, teguran Aina diterima baik oleh ayahnya. Aina mengalir air mata kerana mampu membahagiakan mereka dengan hasil kejayaannya.
Aina rasa begitu gembira berada dirumah, melihat kebahagiaan kedua orang tuanya, perangai ayah yang sudah berubah, tidak seperti sebelum ini yang sering marah-marah dan ibu sering menjadi mangsanya. Aina cuba mencari jawapan mungkin benar perubahan ayah disebabkan kejayaannya tempoh hari, mungkin sebelum ini ayah tertekan kerana asyik melihat anak-anak jirannya memperoleh kejayaan. Tetapi kali ini ayah gembira kerana anak sendiri yang berjaya.
---------------------------------
Sabar suatu perasaan yang menyakitkan
Tetapi hikmahnya tiada tandingan….
Seorang ibu sabar dengan karenah anaknya,
Seorang anak sabar mentaati orang tua
Para guru sabar dengan karenah anak muridnya
Sahabat sabar mempertahan persahabatan mereka….
Terkadang jiwa bergetar demi sebuah kesabaran
Terkadang air mata menjadi peneman
Untung Iman sentiasa mengawal keadaan
Bukan nafsu menjadi ikutan…
Akhirnya…
Demi kesabaran aku sanggup pertahan
Kerana….
ganjaran untuk insane yang sabar telah dijanji Tuhan…
--------------------------------
 Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anaknya menggengam kejayaan, mampu memberi sinar kebahagiaan kepada kedua orang tuanya, menjadi contoh dan teladan buat adik-adik. Setelah memasak puan Maryam mencari kelibat anaknya disetiap penjuru rumah, dia terpandang Aina leka dihadapan laptopnya dengan tangan ligat menari kesana kemari diatas keybord seperti sedang sibuk dengan assignment.
“cuti-cuti pun ada assigment ka” Tanya puan Maryam yang pekat dengan dialek utara tempat kelahirannya. Aina terkejut apabila terdengar teguran ibunya, cepat-cepat Aina minimize Microsoft word supaya ibunya tiada perasan yang dirinya sedang meluah isi hati melalui puisi. Aina toleh kepada ibunya dengan tersenyum.
“ bukan assignment, saja ja tulis kata-kata” jawab Aina cuba memberi respon kepada soalan ibunya. “seronok ibu tengok abah dah berubah sejak Aina berjaya hari tu, dia tak pernah marah ibu lagi” puan Maryam meluah perubahan yang dia rasa selama ini. Aina terkedu mendengar, rasa bahagia mengisi relung hati, apabila ibunya mengungkap perkataan ‘seronok’ dengan perubahan abah yang berpunca daripada kejayaannya.
“ni hikmah dari Allah, kejayaan Aina bukan untuk diri Aina tetapi untuk ibu dan abah” jawab Aina dengan tersenyum.
-----------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan