Senyuman indah

Selasa, 11 Disember 2012

KIasAN CiNTa

     kita sering berfikir setiap yang diciptakannya berpasang-pasangan, oleh itu ditakdirkan adam dan hawa, malam dan siang, langit dan bumi dan macam-macam lagi.
     seorang sahabat saya telah menimbulkan satu persoalan kepada saya tentang cinta, skop cinta terlalu luas untuk diterjemahkan, mungkin juga tafsiran yang dibuat hanya mengikut hati tanpa kewarasan minda.
   
     "biarlah kita menjadi rumput dibumi yang bertemankan bunga, bukanlah menjadi matahari yang bongkak". sekali kita baca pasti ada maksud iaitu sentiasa merendah diri, namun jika diamati inilah cabaran bagi rumput untuk bersama bunga.

     "bunga memang cantik dan rumput yang sentiasa di sisinya, walaupun begitu manusia hanya melihat bunga dan terlepas pandang pada rumput" kata seorang sahabat.

     "ini kerana rumput tidak beranikan diri seperti bunga yang berani mekar menguntum" saya membalas hujahnya dan memandang tepat pada matanya.

     "rumput sangat mulia kerana ia menguatkan struktur tanah dengan akarnya, jika tidak pasti bunga tidak dapat berdiri" dia mula membuka hujahnya.

     "tanpa rumput bunga masih boleh hidup kerana ada matahari, sememangnya bunga akan mekar apabila dilimpahi cahaya matahari" saya lantang membidas tanpa mengira apa agaknya perasaan rumput ditepi jalan yang mendengar pecakapan saya.

     "ya, saya sedar. rumput itu sudah tumbuh melata, tidak seperti bunga yang dijaga, mujurlah angin masih menjadi kawan saya" nada suaranya tidak menunjukkan tanda protes langsung. saya tetap akan mengatakan bahawa bunga akan memilih matahari kerana rumput adalah saingannya.

-TARAF-

     "memang itu adalah qadak dan qadar sejak azali, hanya kasta dan darjat menentukan taraf seseorang. kesimpulannya, mustahil langit dan bumi bertemu". kata-katanya menerbitkan kegusaran dalam hati saya.

     "dah kematian hujah ke?" saya cuba berhumor mengurangkan tegang. namun gagal memancing bibirnya untuk senyum. kami terus berjalan dibawah terik matahari.

     "macam mana bunga dah mula rasa kekeringan?" katanya sinis setelah beberapa saat membisu.

nampaknya isu bunga dan rumput masih belum berakhir.

     "ya, sebab..........." saya kematian punca untuk berdebat dengannya.

     "sebab angin tak bertiup hari ini untuk membawa air?" mungkin dia cuba menduga sesuatu. saya menjadi serba salah ingin berhujah.

     "atau panas kerana rumpput dah layu, kerana tak mahu bersaing dengan bunga lagi?" saya ditujah dengan kesukaran yang mematikan akal.

     "kenapa pula rumput layu?" saya mula mencari dimana fokus sahabat saya.

     "kerana tidak mahu dikuasai kesedihan melihat bunga bahagia bersama matahari, itukan pilihan bunga. sudah lah ayam jantan bertelur pun tak akan berubah"/

     "baguslah! itu maknanya mengalah" saya cuba membalas.

wajahnya mula berubah sedih, mungkin terlalu kejam ayat yang diucapkan.

     "yang pasti kekalahan kerana mengalah yang lebih hormat daripada mengalah tanpa usaha, biar kalah selepas berjuang. bunga yang khilaf kerana cahaya matahari yang terik itu  hanya membuat kelopok bunga kering dan tanpa rumput struktur tanah menjadi longgar, akhirnya bunga akan mati" penjelasannya cukup terperinci. saya cuba memahami setiap perkataan yang diucapkannya dengan penuh perasaan.

     "lama berfikir! belum dapat moral of the story and the lesson ( pengajaran cerita)" saya hanya tersenyum tawar mendengar soalannya.

     "kalau ada mata yang cantik pasti dapat melihat, namun salahkan telinga kerana pekak untuk mendengar bisikan hati" saya memberikan pendapat.

     "hah, sedar pun!" balasnya.

pengakhiran kisah ini terlalu melankolik, tidak seperti kisah laut dan langit, yang dekat dihargai yang jauh diingati. betapa merendah diri sifat rumput melambang prinsipnya, sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. semua benda yang kita suka terlalu negatif untuk kita. oleh itu jangan terlalu pesimis membuat keputusan, kita wajib bersikap optimis. begitu berat kisah cinta jika dihisab kerinduannya, namun lebih berat untuk mengambil pengajaran darinya.

note: diari 2008 ku selak, ternyata di helaiannya ada tersimpan kemas satu salinan yang pernah ku copy dari satu akhbar suatu ketika dahulu... dan salinan itu kini ku tulis semula di blog untuk tatapan para sahabat.

moga pendapat 1001 pengajaran.

1 ulasan: