Senyuman indah

Khamis, 6 Disember 2012

Derita diawal usia


Kehidupan harus menempuh pelbagai peringkat umur, dari kecil hingga dewasa, dari muda hingga tua, alam kanak-kanak tidak perlu rumit memikir tentang kehidupan hanya keseronokkan yang mereka tahu, bermain menjadi aktiviti harian mereka.
Tidak sama setiap yang kita lalui,
Kehidupan adalah warna warni,
Ada yang hanya tahu bergembira,
Ada yang ditakdir derita,
Terkadang senyuman seindah suria,
Terkadang gerimis turun dari mata.
Aiman bergembira dapat bermain dengan adiknya, terkadang usikan memeriahkan suasana, sekalipun kadang-kadang terdengar juga tangisan sang adik, Aiman membawa lari bola yang dipegang oleh adiknya, dengan keadaan tateh berjalan sang adik cuba menegjar Aiman dalam keadaan menangis.
“usik Adik!” Ibu tirinya yang sedang menyapu sampah laju memukul kepala Aiman dengan penyapu yang berada ditangannya.
Aiman yang takut-takut terus berlari masuk ke rumah dalam keadaan memegang kepalanya yang sakit. Setelah masuk ke dalam bilik Aiman menangis adan terus melihat di tangannya ada darah. Aiman melap darah yang ada ditangannya dengan tuala miliknya.
-----------------------------------
“Aiman kenapa usik adik tadi!” Aiman yang baru melangkah keluar bilik untuk bermain dengan anak jiran sebelah menghentikan langkah. Dia hanya menunduk wajahnya ke lantai kerana tidak berani menatap wajah sang ayah.
Aiman terus diheret ke luar dari rumah seperti pengembala mengheret peliharaannya. Sang ayah yang tidak berhati perut mengheret Aiman di atas mini tar yang berada dihadapan rumahnya.
“ya Allah kenapa buat anak macam tu” nenek Aiman yang sedang bersembang dengan bapak saudara Aiman bersuara, lantas mengatur langkah mendapatkan cucunya yang sedang menangis diatas jalan dalam keadaan berdarah ditangan dan kaki.
--------------------------------
“kenapa kepala luka ni?” Tanya nenek setelah ternampak luka di kepala cucunya ketika menyapu ubat di tempat luka angkara perbuatan anaknya sebentar tadi.
“ibu buat” teresak-esak Aiman menjawab. Bapa saudaranya hanya memerhati dengan riak wajah sebak.
Aiman ditidur oleh neneknya setelah membersih luka dan menyapu ubat.
“suruh Aiman tinggal sini la” cadang bapa saudaranya.
“dah lama suruh Aiman tinggal sini tapi ayah dia yang tak bagi” jawab nenek.
“perangai baran macam tu, patut mama Aiman tak tahan, kalau Aiman tinggal dengan dia, Aiman nakal sikit ja buat Aiman lebih-lebih”. Sampuk bapa saudaranya dalam nada marah.
“tu la, mama Aiman nak bawa Aiman sekali dulu dia tak bagi, ni Aiman dapat ibu tiri habis budak tu” beritahu nenek.
“sekali dengan dia ikut perangai bini baru dia, kasihan Aiman” tambah bapa saudaranya lagi.
“kalau dia tak beri Aiman tinggal sini, kita hantar dia dirumah kebajikan masyarakat” cadang bapa saudaranya lagi.
“kalau ayah dia tak bagi juga, macam mana?” Tanya nenek.
“kalau dia tak bagi kita buat laporan polis dia dera anak sendiri” jawab bapa saudaranya dengan nada serius.
“tapi Aiman mau ka” nenek mula membuat andaian.
“ InsyaAllah kita pujuk, demi kebaikan dia”.

Alam si kecil sudah punya perasaan,
Sedih gembia sering berlawanan,
Sedih dengan nasib diri,
Tetapi aksi manja sang adik menjadi hiburan diri.
-------------------------------------
“Aiman rindu adik nanti” jawab Aiman setelah nenek memberitahu cadangan dia dan anaknya sebentar tadi. Air matanya mengalir laju, sang nenek turut menangis kerana sebak mengenang nasib cucunya.
Biarpun derita,
Keadaan sengsara,
Hati tetap berat melangkah,
Rindu adik dan insane tersayang menggamit indah,
Harus melangkah atau pasrah,
terus tabah atau merubah arah..
-----------------------------------
Para tetamu memenuhi ruang yang ada, para jemputan bagi program mesra kasih rumah kebajikan  masyarakat adalah dikalangan para waris bagi kanak-kanak yang menetap di situ.
Setelah pengacara memulakan pembukaan majlis serta menyampai ucapan aluan, pengacara menjemput kanak-kanak dari penghuni rumah tersebut untuk membuat persembahan.
“bagi acara yang pertama dipersilakan Aiman Adam bin Ahmad untuk menyampaikan sajak”
Tepukan gemuruh kedengaran, kelihatan nenek dan bapa saudaranya tersenyum girang.

‘mama..
Dimana mama,
Aiman rindu mama,
Sekarang Aiman berada ditempat lain,
Semuanya angkara ayah ibu,
Aiman rindu adik,
Nenek dan paksu..
Mama…
Aiman rindu mama…’
Setelah menyampaikan sajak Aiman menyeka air matanya yang mengalir, para tetamu semuanya sebak apatah lagi nenek dan bapa saudaranya. Aiman mengatur langkah untuk meninggalkan pentas lalu ditahan oleh pengacara.
“Aiman, siapa yang buat sajak untuk Aiman?” Tanya pengacara.
“Aiman buat sendiri” jawab AIman lalu tersenyum saat mendengar tepukan gemuruh para tetamu yang hadir.
“bila Aiman buat?” Tanya pengacara lagi.
“ semalam” Aiman terus tersenyum walaupun air mata masih berbaki dikelopok matanya.
“ok, terima kasih AIman, sekali lagi tepukan untuk Aiman” kedengaran riuh terus bergema, setelah melempar senyuman Aiman mengatur langkah untuk meninggalkan pentas.
Insane yang melahir,
Yang membiar kita menumpang rahimnya,
Yang mengasuh mendidik dan membelai kita,
adalah insane yang satu,
selamanya satu,
tidak akan pernah berganti biarpun masa berlalu.

Tamat, nasib bocah nakal yang entah bila kan sudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan