Senyuman indah

Jumaat, 7 Mac 2014

1Definisi, beza maksud

benar.. definisi "tak ada duit" bagi orag kaya dan orang miskin sungguh berbeza

tak ada duit bagi orang kaya sebab tak mampu membina rumah seperti istana,
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tak mampu memperbaikki rumah yang bakal menyembah bumi.

tak ada duit bagi orang kaya sabab tak mampu melancung ke kutub selatan, menyebarang atlantik
tatapi tak ada duit bagi orang miskin kerana bergagah seharian mencari sesuap nasi

tak ada duit bagi orang kaya kerana tak mampu menaikki kereta mewah
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tidak mampu miliki kereta walaupun sebuah

tak ada duit bagi orang kaya kerana tak mampu belajar di universiti bertaraf dunia
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tak mampu untuk belajar walaupun universiti biasa

tak ada duit bagi orang kaya kerana tak mampu menaiki pesawat kelas pertama,
sedangkan tak ada duit bagi oang miskin kerana seolah tidak ada harapan langsung untuk menjejak walaupun cuma tangga pesawat

tak ada duit bagi orang kaya kerana tidak mampu menunai umrah kali ke sepuluh,
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana tak mampu, walaupun sekali untuk menunai umrah..

tak ada duit bagi orang kaya kerana tidak mampu miliki iphone
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin kerana langung tak mampu miliki phone

tak ada duit bagi orang kaya, tetapi masih mampu memenuhi segala kehendak diri,
sedangkan tak ada duit bagi orang miskin, langsung tidak mampu walaupun untuk keperluan diri

"orang miskin Allah ujinya sekarang, gementar dirinya menahan keinginan apabila melihat manusia sekeliling punya segala yang diinginkan, tetapi Allah simpan untuknya segala habuan ini di alam sana"

Jumaat, 28 Februari 2014

Cinta dan Sahabat

Cinta dan sahabat.. dua kata yang sukar untuk ditafsir... erti sahabat terlalu dalam untuk dijiwai.. definisi cinta terlalu kuat untuk di hayati.. kan?? erm :) ( Amna cuba untuk tersenyum, walaupun dia baru bangun dari rebah akibat tendangan emosi)

 

 benar kata orang, cinta itu subjektif.. terlalu payah untuk di ukur, atas dasar apa cinta itu berputik, rupa, harta, agama, keturunan, ilmu, kepandaian atau dasar apa??

 

Amna terus berfikir: terlalu sukar, malah teramat payah mengawal perasaan cinta saat berada di laluan cita2..  terlalu payah mengutamakan sahabat andai bertentangan dengan cinta..

 

Amna menepuk dada tanya selera iman, "apa dia jodoh aku hingga aku sanggup berhenti di pertengahan perjalanan cita2 aku yang masih panjang, apa aku sanggup melukai sahabat yang setia bersama aku susah senang hanya kerana cinta"

 

"tak sanggup, sungguh aku tak sanggup.."

 

biar langkah cita2 diteruskan, langsung tidak menghirau perasaan 'cinta' itu.. bahu sahabat diganding, tangan sahabat di genggam bersama melangkah ke awanan cita..

 

10 tahun perasaan dipendam, langsung tidak menghirau malah tidak mengharap tetapi ia seakan tidak mahu menghilang.. entah.. kenapa.. Amna cuba lawan, lawan dan terus lawan..

 

sahabat nampak Amna tenang, perasaan yang di lawan seakan hilang, tetapi hakikatnya hanya Amna yang tahu..

 

"ah.. aku langsung tidak mengharap dia" pekik hati Amna

 

"Allah dah janji untuk aku yang lain" pujuk hati Amna

 

"tapi aku harap jodoh dia bukan dengan orang yang aku kenal"

 

"eh.. pelik aku ni"kritik dirinya sendiri 

 

itu lah dinamakan 'perasaan cinta pertama yang masih tersisa' kan?

 

Amna tersenyum........... 

 

"payah nya laluan ini, rasa macam nak berhenti, melihat orang semua sudah sampai ke penghujung, aku bila?" soal Amna

 

"kejayaan bukan mudah, orang yang berjaya hari ini, adalah orang yang pernah gagal berkali-kali dalam perjalanan mereka" Amna tersedar mendengar ayat itu.

 

"ah, semangat2.." Amna cuba bangun kembali...

 

Amna termenung memikir nasib diri.. cita2 nya yang masih panjang..

 

.................................

'ada something nak bagitahu'

 

''apa?''

 

'sebenarnya.........................'

 

hah suspen!!! getus hatinya

 

'sebenarnya sekarang ni aku dengan orang yang 10 tahun kau pendam perasaan cinta'

 

aaahhhh.... 

 

''oowh.. moga bahagia sobat''

 

Amna terjatuh sendiri, cuba bangun sendiri, lalu tersenyum, barangkali dia tersenyum kerana sahabatnya bahagia tapi di hatinya menangis 1001 air mata..

 

"-------------sejauh mana pun kita mengaku dia sahabat, kita menjaga hati dan perasaan dia, membantu tika dia susah, kita akan kalah apabila cinta bertandang diatma---------------------- 

 

--------------hanya memikir perassan kita, tanpa menghirau apa yang sahabat rasa-------------

 

---------------zahirnya sahabat mungkin tersenyum,  dalam hati dia apakah sama dengan apa yang di luarnya--------------" Amna menyimpul sendiri apa yang dia lalui

 

Amna tersenyum "Allah memberi aku 1001 pengajaran dalam masaalah" 

 

"Allah menunjuk aku mana yang benar dan mana yang salah" 

 

"Allah menyedar aku dari lamunan yang tak pernah sudah" 

pujuk Amna sambil mengurut dadanya dan bibir tak lekang dengan kalimah istighfar serta terus tersenyum...

 

 



Selasa, 17 September 2013

selitan tazkirah

mood nak siapkan bahas hilang
curi masa tulis blog
nak kongsi sikit apa yg aku dapat

Dr aala merupakan pensyarah dr Iraq, cara penyampaiannya amat memuaskan, dan bahasa yg digunakan arab fushah.. percakapannya jelas, bak kata orang kampung 'sebiji2' :)

dalam semangat dr menerangkan tentang 'athar ikhtilaf' di kalangan fuqaha, aku sesekali mengangguk tanda faham walaupun hakikatnya fikiranku melayang ke tempat lain.. tiba2 aku tersedar

"untuk apa kamu belajar?"
"habis degree sambung ma atas tujuan apa?"
"apakah tujuan untuk menjawat jawatan pensyarah? hujung bulan pergi bank ambil gaji? hanya itu"
"sedangkan Allah tak nilai semua tu"

dup! rasa macam batu terhempas di kepala

sambung..........

 "belajar tentang tauhid, fiqh, akhlak itu adalah asas"
"ada ilmu tetapi tak ada akhlak, demi Allah! demi Allah, demi Alah itu tidak akan memeri manfaat"
"ada ilmu sedikit tetapi beraklak itu lebih baik daripada ada ilmu banyak tetapi tak berakhlak"
"bercakap dengan orang yang sama level dengan kita atau lebih rendah dari kita mesti cakap dengan baik dan penuh beradab lebih2 lagi kalau dengan orang yang lebih atas dari kita"

dup! mula tersedar akan nasib diri yang kurang akhlak selama ini.

sambung..................

"tahukah kamu nak memahamkan masyarakat tentang hukum hanya memerlukan masa setengah jam"
"tapi nak memahamkan masyarakat tentang akhlak memerlukan masa yang pajang"
"kenapa? payah atau mudah untuk membuang perasaan dengki?"
"untuk bunag perasaan tamak, benci dan sebagainya?"
"untuk melakukan kebaikkan terhadap orang yang melakukan kejahatan kepada kita?"
"untuk menjadi orang yang kuat?"
"kuat itu bukan kuatnya fizikal melawan mereka yang berbuat jahat kepada kita, kalau seperti itu mudah hatta orang kafir pun mampu"
"tetapi kuat yang sebenarnya adalah menahan marah dan balas baik terhadap mereka yang melakukan kejahatan kepada kita"
"lihat contoh pada Rasulullah, keberkesanan dakwah nya adalah pada akhlak nya"
"lisan al hal lebih kuat dari lisan aqwal"
"lisan aqwal semua orang mampu"
"akan tetapi lisan hal berapa orang mampu?" 

huh! terasa seperti nyawa di kerongkong, beratnya, sebiji2 kena atas diri sendiri.

sambung.....................

"tugas siapa sebenarnya untuk melakukan ini semua?"
"untuk memahamkan masyarakat tentang ilmu dan akhlak"
"tugas siapa?" semua terdiam.
"tugas siapa?" soalan diulang.
"tugas penuntut ilmu" jawab kami dalam keadaan perlahan.
"siapa penuntut ilmu" soalan diaju
"kita" jawab kami ringkas.

"ha.. ini titik pada percakapan sebentar tadi" kata dr mengakhiri tazkirahnya.

huh, terduduk lesu,
bukan mudah untuk bangun,
adab dan akhlak terlalu payah untuk disebati dalam diri
diri kembali bermuhasabah
memang benar 3 hari tak dengar tazkirah seolah2 diri kita telah mati
terima kasih Dr
tazkirah yang penuh dengan makna.....

coretan ini ditulis supaya boleh berulang membacanya agar diri tidak lupa..

jom kawan2 berubah jadi baik, jadi orang yang beradab sebelum berilmu..


Selasa, 23 Julai 2013

muhasabah

catatan di pagi 14 Ramadhan

cinta itu fitrah insani, tetapi kenapa di cemari....

aku saja nak coret sedikit apa yag aku rasa selama ini, jujur aku tak pernah menafi cinta itu fitrah insani, aku sendiri merasai perasaan itu..tetapi dengan cinta kita tetap tak boleh merubah hukum, keluar berdua-duaan dengan lelaki ajnabi haram hukumnya biar pun sudah bertunang.....

aku pernah dengar hadis Nabi, mafhumnya siapa yang nampak kemungkaran cegahlah dengan tangan, kalau tak mampu, cegahlah dengan lidah, kalau tak mempu cegah lah dengan hati, itu lah selemah iman....

selemah iman? ya ini lah level iman aku sekarang..aku tak mampu untuk menegur dengan lisan apabila  kawan2 aku sering keluar dengan jantan.. biasa lah kawan, bila tegur ada yang terasa pulak, masam muka, tak cakap.. ya Allah susahkan? :(

untuk kawan2 yang terbaca penulisan aku ini, aku nasihat kan
benteng lah cinta kalian dengan iman,
 pagar lah dengan larangan agama...
pendam lah cinta kalian sehingga kalian halal...
jangan berdua-duaan, berpegang tangan dsb..
lagi bagus biarlah cinta kalian menjadi rahsia hingga sampai masa yang sesuai untuk kalian hebohkan...

 

Jumaat, 24 Mei 2013

sejarah yg berlalu, tarikh keramat yg terpasak jitu..tapi ia kekal menjadi azimat untuk terus maju.. ada yg dikalung, ada yg dijunjung, ku sambut huluran segulung pengiktirafan..
malu bisa bermuhasabah, apakah ini yang aku gah? sedangkan ilmu masih perlu ditadah.. apakah yg aku tuntut, adakah ilmu atau segulung syahadah? sekiranya syahadah aku sudah dapat, tetapi sekiranya ilmu aku perlu terus bermujahadah, melawan nafsu amarah, terus thabat di medan ilmu dengan istiqamah..

kejayaan hari ini menjadi momentom utk terus berjaya di masa akan datang..

Isnin, 20 Mei 2013

Lebih baik PENDAM dari jadi PENDEMDAM

Dua kata yg hampir sama tetapi mempunyai maksud yg berbeza menurut pandangan aku.. kenapa kita mesti melebelkan seseorang itu sering melakukan kesalahan kepada kita tanpa kita pernah muhasabah adakah kita juga sering melakukan kesilapan terhadapnya...

terngiang pesanan seorang HABIB: apabila kita menceritakan kesalahan dan kesilapan orang lain maka itu lah sebenarnya diri kita.. benar juga seperti apa yg dikatakan 1jari kita tunjuk kepada orang lain 4 jari lagi akan kembali kepada kita...

memang tak dinafikan karenah kawan adalah satu ujian yg terlalu berat untuk sabar melayaninya, tetapi bukankah kita juga ada karenah yg membuat orang lain menyampah?

orang yang baik adalah orang yang tidak pernah merasa diri dia baik..

dalam menghadapi kenakalan manusia, lebih baik mengambil jalan pendam dan bersabar walaupun hakikatnya sakit semua itu.. kerana mereka juga manusia dan kita juga adalah manusia, tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalan dalam dunia ini, yang penting bagaimana kita bermuhasabah untuk menjadikan diri kita ke arah yang lebih baik, bukankah mukmin yang baik itu adalah mukmin yang lebih baik hari ini dari sebelumnya?

tidak bermakna dengan kita pendam, akan membiar mereka terus dengan kelakuan jelek mereka.. bukankah agama ADDINU NASIHAH saling menasihati? islam memberi solution yang sangat menarik yaitu dengan cara menasihati bukan dengan cara BERDENDAM hingga mengguris perasaan kawan..

ayuh kawan, pelajari sirah tauladan, jadikan ia panduan, ISLAM adalah jalan untuk kita meniti arus kehidupan...

Selasa, 16 April 2013

kawan, teman, sahabat, cinta

kawan: "teman malam ni teman kawan ke suatu tempat tau, ada perkara penting"..
teman: hanya tersenyum dan membuat mimik muka berjenaka..

kawan: turut tersenyum walaupun tiada respon yang diberi..
teman: bersiap-siap dan melangkah keluar tanpa sepatah pun berbicara..

kawan: hanya memerhati tanpa bertanya ("nak ke mana?") soalan yang tersembunyi disanubari..
teman: melangkah pergi meninggalkan kawan sendiri..

kawan: terdiam.. tiada siapa yang boleh bantu saat diperlukan sebegini.. hati bersedih, tetapi cuba untuk melemparkan senyuman..
teman: pulang dengan begitu ceria, dan mencerita itu dan ini "bla..bla..bla.."
kawan: hanya mendengar...

teman: "aku naik kereta tadi dengan dia pergi ke.........."
kawan: terperanjat tapi cuba berlagak selamber.. tahu lah kawan bahawa teman lebih mengutamakan cinta...

kawan: sedih.. "kenapa teman lebih mengutamakan cinta?"
sahabat: "kerana cinta mereka buta, bersabar lah kawan"

kawan: "saat dalam kesusahan aku memerlukan seseorang disisi untuk membantu"
sahabat: "sabar kawan, aku berjauhan dari dirimu, andaikan aku disisimu, aku akan membantu mu selagi aku mampu, asalakan aku bisa melihat kau bahagia"

kawan: "kenapa kita ditakdirkan berjauhan? :("
sahabat: "sabar kawan, Allah sedang menguji kawan, sahabat, teman serta cinta"

kawan: sedih "siapa yang perlu diutama apakah kawan atau cinta?"
sahabat: "soalan kawan, akan sahabat jawab nanti.......  yang penting kawan perlu tahu biarlah mereka memperlakukan sebegitu pada kawan, tetapi kawan masih ada sahabat, walaupun kita berjauhan"

salam rindu untuk sahabat...


Selasa, 2 April 2013

Amanah cinta yang menguji setia hingga ke hujung Nyawa

Tiap hari masa aku dipenuhi menatap helaian lembaran ilmu, itu rutin harian ku sebagai penuntut ilmu, sedikit masa aku luang menatap beberapa berita dan isu yang berlaku.. aku terpada pada berita yang mengisahkah kisah cinta hingga ke hujung nyawa.. saban hari aku mengikuti berita yang memberi seribu satu inspirasi..

kisah cinta mereka, mungkn di awali  seperti kebanyakkan orang lain.. cinta romentik.. cinta berlandaskan agama.. cinta yang tahu batas halal dan haram nya.. cinta yang tidak lupa siapa sebenar PENCIPTA CINTA dan PENGANUGRAH CINTA..

Cinta mereka teruji, apabila si isteri diuji dengan kesakitan yang luar biasa, penyakit yang menyebabkan dia tidak boleh bergerak melainkan hanya dibantu, penyakit yang menyebabkan akal nya tidak tahu siapa dia dan aku, penyakit yang menyebabkan dia tidak boleh berfikir apatah lagi untuk mengingati sesuatu..

tabahnya seorang suami, suami yang telah dianugrah secara halal untuk nya, tiap saat, tiap waktu, saban hari hingga berganti bulan dan masa terus berlalu si suami tabah menjaga, melayan si isteri dengan karenah penyakitnya yang tidak menentu.. cinta nya pada si isteri tetap utuh dan kukuh biarpun si isteri berkeadaan sebegitu.. hingga akhirnya si isteri pergi jua menemui CINTA SEBENARNYA..

aku kagum, kagum pada dirinya, seorang suami yang begitu istimewa, cekal memikul amanah hingga cinta nya menghembus nafas yang terakhir.. hebat bukan? keadaan ini pasti begitu menguji dirinya, menguji cinta mereka, tetapi dia sabar hingga akhirnya.. CINTA MEREKA SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA..

( komen yang aku tinggal pada status di facebook Dana Sinar Faizah) ya Allah akhirnya dia pergi.... buat yg menyayanginya moga terus sabar dgn ujian yg menimpa.. CINTA KALIAN KEMBALI BERPUTIK DI TAMAN SYURGANYA.. INSYAALLAH.. kesetiaan yg diberi selama ini akan menjadi saksi dihadapanNya.. biar terus diuji, tetapi tetap dgn segunug amanah.. AMANAH CINTA YANG MENGUJI SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.. mohon keizinan utk saya coretkan sedikit kisah cinta ini didalam blog peribadi saya..

pasti ramai yang mengimpi pendamping hidup sebegini, bukan? setia bersama dalam apa jua keadaan kita.. bukan yang hanya boleh terima waktu kita sempura tetapi tinggal diwaktu kita derita...

moga kita semua dalam redhaNYA dan mendapat nikmat dari Nya..

Rabu, 13 Mac 2013

novel dakwah: Pelajari Asas Sinopsis Dengan Pantas

novel dakwah: Pelajari Asas Sinopsis Dengan Pantas: Judul: GOL! (Tajuk sebenar novel ini adalah Tariq United) Penulis: Mohd Khairi Tajudin Watak Utama: Ustaz Syamil (25 tahun) – ...

Isnin, 25 Februari 2013

Temui pengajaran dalam perjalanan

beberapa hari yang lalu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah bersama keluarga.. di suatu simpang empat lampu isyarat berwarna merah.. semua kereta mula berhenti dari bergerak.. beberapa minit selepas itu, lampu hijau kelihatan, sudah pasti masing-masing bersiap sedia untuk memulakan perjalanan.

tiba-tiba dihadapan ada sebuah kereta wira berwarna merah, walaupun lampu telah hijau tetapi dia masih tidak bergerak, semua orang masih menunggu, tiba-tiba pemandu kereta tersebut keluar dari keretanya dan menahan kereta disebelahnya dari bergerak.

aik?! kenapa pulak? semua orang tertanya-tanya sambil memerhati tindakan pemandu tersebut..

anak kucing!!! lincah berlari diatas jalan, pemuda tadi berusaha untuk menangkap kucing tersebut.. dia menunduk untuk mengambil anak kucing dibawah kereta yang berada disebelah keretanya. anak kucing tersebut, terus berlari. pemuda tersebut bangun sambil berusaha mendapatkan si comel itu.

dengan gaya tagan, dia menyuruh kereta tersebut berganjak sedikit ke hadapan supaya mudah dia mengambil anak kucing itu.

kereta tersebut bergerak..aaaa!! aku separuh menjerit, kaki kecilnya ditindis oleh kereta tersebut..

sayu mendengar suara anak kucing tersebut menangis. mungkin kerana kakinya yang sakit, dia agak payah untuk bergerak aktif..pantas pemuda tersebut mengambilnya dan menunjuk kucing tersebut kepada pemandu kereta belakang (aku beranggapan mungkin kerana dia takut pemandu lain memarahinya kerana masih tidak bergerak walaupun lampu sudah hijau atau menjawab persoalan mereka) sebelum dia membawa masuk kucing tersebut ke dalam keretanya.

siapakah pemuda berhati mulia itu? sifat penyayang dan kasih sayangnya terserlah...

dia mencontohi teladan mulia, Nabi dan para sahabatnya.




Khamis, 31 Januari 2013

Menunggu jenazah

8-7-09 beberapa tahun yg lalu, kekejutan begitu mencenkam atma, tika mana diri terpaksa menangung kesedihan yg teramat sangat buat pertama kali atas pemergian seorang adik. selama seminggu aku terus menanti kabar yg boleh menggembirakan, berita2 yang membuat duniaku gembira tetapi saban hari terus hampa, yg di harap tidak kunjung tiba, hingga satu saat aku mendapat berita yang mengoyak seluruh jiwa ragaku.

aku segera pulang ke rumah,orang ramai mula memenuhi halaman teratak ini, kali pertama aku merasa suasana duka ini, aku dirumah setia menanti, mama abah serta beberapa orang adik belum kelihatan, dalam debaran aku setia menunggu, saat mereka sampai bersama mereka adalah satu jasad yang pernah aku lihat dia berlari, bergembira, menangis, bermain di hadapanku, kini jasad itu dalam senyuman menanti ke alam baru, mahligai syurga telah tersedia gah untukmu.

ingat lagi tika mana aku bermimpi, aku melihatmu berpakaian jubah puteh dan berkopiah hijau, kau bersama sekolompak kanak-kanak yang lain berjalan disuatu tempat, hingga aku sempat berbicara denganmu walaupun itu hanya mimpi. ayat yang paling terngiang ditelinga aku adalah ketika kau mengatakan seronok hidup disana, tiada sebarang azab yang menimpa, aku hanya menjawab kerana kau tidak ada dosa. dalam mimpi aku tersenyum kerana dapat berbicara denganmu, tetapi saat trerjaga air mata mengalir laju.

30122012 sekali lagi aku diuji, saat aku sedang berjuang di medan ilmu, aku mendapat berita tok kurang sihat,aku mula merancang cuti semester insyaAllah aku ke sana jaga tok, setelah itu dapat pula berita tok semakin sihat, lega tidak terkata. baru nafas menghela lega datang lagi berita, tok sudah tiada. hah! ya Allah. kenapa secepat itu? aku menangis teresak-esak dihening subuh, saat mereka sedang berdengkur dibuai mimpi tetapi disini ada jiwa yang sedang meratapi, tok sudah menghadap pencipta. tiada lagi pengganti bagiku tok sebaik itu.

ini kali kedua aku dirumah menanti, jasad yang tersayang dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga. aku mendengar siren berbunyi. yaAllah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. tiada terungkap bagaimana perasaanku saat itu, seorang insan yang dalam lembut membelai cucunya kini sudah tiada. keranda dibuka, anak cucu mengelilingi lalu satu ciuman diberi. aku menatap wajah itu seolah matinya begitu mulia, dalam keadaan tersenyum dan kepala sedikit menghala ke kanan dia pergi. mati mulia dan hidup begitu tidak menderita, demam, tak larat dan terus menghadap pencipta. malah hidup tidak pernah menyusah anak cucu. Allahuakbar. kalau lah tok tahu, dari saat yang mengurus jenazah tok, mandi, kapan, iring pulang dari k.l ke kedah, usung jenazah, peluk jenazah tok turun ke liang, kebumi, talkin semua adalah anak cucu tok sendiri. alhamdulillah, didikan agama yang kami kecapi tidak sia-sia.

salam rindu untuk tok dan tokwan di alam abadi.

Isnin, 31 Disember 2012

mencari yang sirna: Yang DICARI

mencari yang sirna: Yang DICARI: Salam Mabruk Muqaddam Untuk semua Graduan Harapan Ummah. Moga titian BAHAGIA ini menjadi batu loncatan kepada bahagianya UMMAH yang menu...

Selasa, 11 Disember 2012

KIasAN CiNTa

     kita sering berfikir setiap yang diciptakannya berpasang-pasangan, oleh itu ditakdirkan adam dan hawa, malam dan siang, langit dan bumi dan macam-macam lagi.
     seorang sahabat saya telah menimbulkan satu persoalan kepada saya tentang cinta, skop cinta terlalu luas untuk diterjemahkan, mungkin juga tafsiran yang dibuat hanya mengikut hati tanpa kewarasan minda.
   
     "biarlah kita menjadi rumput dibumi yang bertemankan bunga, bukanlah menjadi matahari yang bongkak". sekali kita baca pasti ada maksud iaitu sentiasa merendah diri, namun jika diamati inilah cabaran bagi rumput untuk bersama bunga.

     "bunga memang cantik dan rumput yang sentiasa di sisinya, walaupun begitu manusia hanya melihat bunga dan terlepas pandang pada rumput" kata seorang sahabat.

     "ini kerana rumput tidak beranikan diri seperti bunga yang berani mekar menguntum" saya membalas hujahnya dan memandang tepat pada matanya.

     "rumput sangat mulia kerana ia menguatkan struktur tanah dengan akarnya, jika tidak pasti bunga tidak dapat berdiri" dia mula membuka hujahnya.

     "tanpa rumput bunga masih boleh hidup kerana ada matahari, sememangnya bunga akan mekar apabila dilimpahi cahaya matahari" saya lantang membidas tanpa mengira apa agaknya perasaan rumput ditepi jalan yang mendengar pecakapan saya.

     "ya, saya sedar. rumput itu sudah tumbuh melata, tidak seperti bunga yang dijaga, mujurlah angin masih menjadi kawan saya" nada suaranya tidak menunjukkan tanda protes langsung. saya tetap akan mengatakan bahawa bunga akan memilih matahari kerana rumput adalah saingannya.

-TARAF-

     "memang itu adalah qadak dan qadar sejak azali, hanya kasta dan darjat menentukan taraf seseorang. kesimpulannya, mustahil langit dan bumi bertemu". kata-katanya menerbitkan kegusaran dalam hati saya.

     "dah kematian hujah ke?" saya cuba berhumor mengurangkan tegang. namun gagal memancing bibirnya untuk senyum. kami terus berjalan dibawah terik matahari.

     "macam mana bunga dah mula rasa kekeringan?" katanya sinis setelah beberapa saat membisu.

nampaknya isu bunga dan rumput masih belum berakhir.

     "ya, sebab..........." saya kematian punca untuk berdebat dengannya.

     "sebab angin tak bertiup hari ini untuk membawa air?" mungkin dia cuba menduga sesuatu. saya menjadi serba salah ingin berhujah.

     "atau panas kerana rumpput dah layu, kerana tak mahu bersaing dengan bunga lagi?" saya ditujah dengan kesukaran yang mematikan akal.

     "kenapa pula rumput layu?" saya mula mencari dimana fokus sahabat saya.

     "kerana tidak mahu dikuasai kesedihan melihat bunga bahagia bersama matahari, itukan pilihan bunga. sudah lah ayam jantan bertelur pun tak akan berubah"/

     "baguslah! itu maknanya mengalah" saya cuba membalas.

wajahnya mula berubah sedih, mungkin terlalu kejam ayat yang diucapkan.

     "yang pasti kekalahan kerana mengalah yang lebih hormat daripada mengalah tanpa usaha, biar kalah selepas berjuang. bunga yang khilaf kerana cahaya matahari yang terik itu  hanya membuat kelopok bunga kering dan tanpa rumput struktur tanah menjadi longgar, akhirnya bunga akan mati" penjelasannya cukup terperinci. saya cuba memahami setiap perkataan yang diucapkannya dengan penuh perasaan.

     "lama berfikir! belum dapat moral of the story and the lesson ( pengajaran cerita)" saya hanya tersenyum tawar mendengar soalannya.

     "kalau ada mata yang cantik pasti dapat melihat, namun salahkan telinga kerana pekak untuk mendengar bisikan hati" saya memberikan pendapat.

     "hah, sedar pun!" balasnya.

pengakhiran kisah ini terlalu melankolik, tidak seperti kisah laut dan langit, yang dekat dihargai yang jauh diingati. betapa merendah diri sifat rumput melambang prinsipnya, sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. semua benda yang kita suka terlalu negatif untuk kita. oleh itu jangan terlalu pesimis membuat keputusan, kita wajib bersikap optimis. begitu berat kisah cinta jika dihisab kerinduannya, namun lebih berat untuk mengambil pengajaran darinya.

note: diari 2008 ku selak, ternyata di helaiannya ada tersimpan kemas satu salinan yang pernah ku copy dari satu akhbar suatu ketika dahulu... dan salinan itu kini ku tulis semula di blog untuk tatapan para sahabat.

moga pendapat 1001 pengajaran.

Khamis, 6 Disember 2012

Air mata kesabaran


Anak soleh solehah, ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar untuk dipraktik. Seorang gadis yang sedang meningkat usia remaja, jiwanya bergetar hebat menahan kesabaran daripada terjerumus melakukan perangai-perangai yang boleh menjadikannya anak derhaka. Menjalani cuti semester selama dua bulan dirumah bukanlah satu perkara yang menggembirakan selalu, kadang-kadang rasa bahagia, kadang-kadang sebaliknya.
“YaAllah, sampai bila aku harus bersabar” rintih Aina sendirian, sedih memikirkan nasib diri dan keluarganya, terkadang dia merasa kuat apabila memikir ada insane yang lagi derita daripada nasib dirinya, terkadang emosi sendiri apabila nafsu menguasai diri.
--------------------------
“sabarnya seorang ibu” Aina memerhati pekerjaan seharian ibunya, mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan sebagainya. Tanpa mengenal penat lelah, hanya waktu malam masa ibu untuk beristirehat.
“ibu nak beli periuk baru la, payah nak masak periuk tak da” beritahu Ibu pada Aina. “ok tu, ibu beli la” Aina menyokong saranan ibunya..
---------------------------
“beli apa yang baru, yang lama kan dah ada, membazir!!!!” marah Ayah Aina pada Ibunya, Aina mendengar kemarahan tersebut terus menagis. “YaAllah apakah tak boleh Ibu nak sesuatu yang baru, semua pemberian untuk Ibu masih tak terbalas jasa Ibu mengandung, melahir, menjaga, mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa, ah….” Aina terasa ingin membela Ibunya, tetapi takut suaranya meninggi hingga melawan ayahnya.
-----------------------------
Sedih Aina mendengar luahan Ibunya. Beli guna duit Ibu sendiri pun ayah marah, apatah lagi nak guna duit ayah, kadang-kadang ibu simpan duit untuk beli sesuatu tetapi akhirnya ayah minta, ibu terpaksa bagi sebab kasihan kan ayah. Aina bingug dimana tanggungjawab ketua keluarga, kenapa tidak sempurna nafkah yang diberikan, apakah makna disebalik sabdaan nabi yang bermaksud “sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik diantara kamu” panjang persoalan yang Aina fikir, Aina termenung, tanpa sedar air matanya mengalir. “yaAllah jadilah aku anak solehah, sabar terhadap karenah orang tuaku seperti mana mereka sabar rerhadap karenah ku” doa Aina sendirian sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya.
-----------------------------
Dengan berat hati Aina melangkah semula ke kampus, tiada sedikit pun perasaan gembira, entah apa yang meruntun fikiran Aina sekarang ini, Aina kuatkan diri, cuba melempar senyuman kepada kawan-kawan seolah-olah dirinya bahagia. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aina melihat senyuman girang kawan-kawannya saat mengambil keputusan peperiksaan semester lepas, walaupun hati menangis, bibir tetap mengukir senyuman, Aina gagahi juga melangkah ke tempat pengambilan slip peperiksaan. “yaAllah ujian apa lagi” Aina berlari pulang ke asrama, serentak kawannya berpandangan, mereka seolah-olah tahu apa yang menimpa Aina.
‘Aina sambungla belajar dalam bidang pengajian syariah Islam di Kolej tu, disana belajar dalam bahasa arab, boleh anak abah mantapkan bahasa Arab’  saran ayah Aina. Aina keliru antara ikut kehendak hati atau hasrat orang tuanya. Aina melihat ke dinding bilik, medal emas miliknya tergantung rapi, tempat pertama dalam acara badminton wakil peringkat sekolah dan negeri, dengan hasil kejayaan tersebut menyebabkan Aina mendapat tawaran untuk menyambung ke sekolah sukan Bukit Jalil, tepat dengan kehendak dan cita-cita Aina. ‘kolej tu biahnya Islamic, terbatas pergaulan laki perempuan, tarbiahnya mantap, kalau sekolah sukan tak tau lah macam nama, silap-silap aurat pun tak tutup’ Ayah Aina tetap dengan hujahnya, Aina hanya mengangguk, tidak berani melawan percakapan ayah kerana rasa hormat yang begitu tinggi terhadap ayahnya.
Satu persatu kenangan lama menerjah fikiran, Aina mengambil keputusan, memberitahu ibunya untuk berhenti belajar dikolej tersebut dan menceburi bidang lain yang banyak menggunakan bahasa Inggeris memandangkan Aina mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris daripada Bahasa Arab, ibunya bersetuju tetapi ayah tidak memberi sebarang respon. Setelah dua hari di kampus, Aina pulang semula ke rumah.
------------------------------
Walaupun kadang-kadang Aina tertekan dengan dirinya yang masih keliru untuk menyambung pelajaran ditempat mana dan dalam bidang apa tetapi kadang-kadang Aina gembira kerana dapat mengurangkan beban kerja ibunya, membantu ibu memasak dan mengurus adik-adik. Waktu lapang Aina mengisi dengan melayan facebook dan membaca blog. Bbbbbzzzz, sedang Aina leka dihadapan laptopnya tiba-tiba satu sms masuk ke telefon bimbitnya.
Salam, macam mana dengan keputusan exam sem lepas? Sms dari kakak seniornya yang telah tamat belajar di Kolej tersebut menyedarkannya bahawa dia tidak mencerita keputusan yang telah dibuat kepada insane yang banyak membantu dan memberi nasihat kepadanya.
W’salam kak Ida, Aina dah buat keputusan berhenti sebab sem hari tu gagal 5 subjek, tak mampu la, nak belajar dalam bahasa arab ni. Serba salah Aina membalas, takut-takut kakak seniornya sedih dengan keputusan tersebut.
Owh, nak belajar mana pulak?
Tak tau lagi, nak cari kos yang belajar dalam bahasa Inggeris. Aina jujur dengan keputusannya.
Good luck tau. Ringkas balasan yang Aina dapat.
Kak ida tak marah? Perasaan bersalah masih menghantui diri Aina.
Kadang-kadang apabila berhadapan dengan satu situasi kita perlu mengambil jalan menasihati, kadang-kadang pula kita perlu mengambil jalan memahami. Mesej yang penuh motivasi Aina dapat daripada kakak seniornya, yang kini sedang mengukir nama dalam dunia penulisan tanah air.
Thanks tau, terus bagi semangat kat Aina ek. Aina puas membaca mesej tersebut, terus dia membalas dengan bibir mengukir senyuman. Aina rasa bertuah dipertemukan dengan seorang insane yang dianggap seperti kakak sendiri, walaupun jarak umur mereka hanya setahun cuma.
------------------------------
“mengaji pun tak pandai, asyik gagal ja” tajamnya peril yang ayah Aina lontarkan, terus hilang selera Aina untuk menjamah makanan yang masih berbaki dalam pingannya. Aina hanya tersenyum, walaupun air matanya hamper terjatuh. “Aina kena kuat semangat, banyak bersabar, rangcang strategi, buktikan kejayaan Aina” kata-kata itu lah yang sering memujuk Aina, menjadi tongkat untuk Aina terus bertahan, menjadi Inspirasi untuk Aina teguh dengan prinsip tidak menderhaka orang tua, tidak melukai mereka dengan kata-kata.
“seorang ayah hanya nak yang terbaik untuk anak dia, dia nak melihat kejayaan anak dia, Aina ubah lah mood ayah dengan kejayaan Aina” lagi nasihat yang Aina dapat dari kakak seniornya setelah dia mengadu nasib dirinya yang sering diperli oleh Ayah. Hingga kadang-kadang marah ayah pada ibu lebih teruk dari sebelum ini.
-----------------------------
Menceburi bidang kaunsling yang banyak belajar dalam bahasa Inggeris begitu menyenangkan Aina, Aina bukanlah tidak meminati bahasa arab tetapi kemampuannya agak lemah. Aina sebuk dengan rutin harian, belajar dan terus belajar memandangkan peperiksaan yang semakin hamper.
“Anugrah dekan bagi jurusan kaunsling disandang oleh Aina Nabila” pengumuman yang membuatkan ibu dan ayah Aina tersenyum. Aina berlari mendapatkan kedua orang tuanya, satu kucupan mesra Aina terima. Aina melihat kedua orang tuanya menangis, Aina turut menangis, rasa bahagia kerana dapat membuat mereka tersenyum dan mengalir air mata kegembiraan.
Sedang rancak Aina bersembang dengan orang tuanya, tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang dari belakang, Aina cuba melepas tangan tersebut tetapi tidak berjaya, tiba-tiba Aina terdengar “Tahniah Aina” hah, sepertinya Aina kenal suara tersebut tetapi tetap tidak berjaya membuka pekupan dimatanya. “kak ida…” Aina menjerit gembira. Setelah matanya dibuka Aina menoleh, dilihat Aida sedang tersenyum memandangnya.
------------------------------
            Berkat kesabaran Aina, pertahankan prinsip tidak mahu melukai mereka dengan kata-kata, biar apa pun yang Aina terima, hanya senyuman sebagai respon kepada mereka, akhirnya hikmah melimpah, kejayaan Aina mampu merubah mood seorang ayah. Sedaya upaya Aina cuba menegur ayahnya agar jangan selalu marahi ibu, teguran Aina diterima baik oleh ayahnya. Aina mengalir air mata kerana mampu membahagiakan mereka dengan hasil kejayaannya.
Aina rasa begitu gembira berada dirumah, melihat kebahagiaan kedua orang tuanya, perangai ayah yang sudah berubah, tidak seperti sebelum ini yang sering marah-marah dan ibu sering menjadi mangsanya. Aina cuba mencari jawapan mungkin benar perubahan ayah disebabkan kejayaannya tempoh hari, mungkin sebelum ini ayah tertekan kerana asyik melihat anak-anak jirannya memperoleh kejayaan. Tetapi kali ini ayah gembira kerana anak sendiri yang berjaya.
---------------------------------
Sabar suatu perasaan yang menyakitkan
Tetapi hikmahnya tiada tandingan….
Seorang ibu sabar dengan karenah anaknya,
Seorang anak sabar mentaati orang tua
Para guru sabar dengan karenah anak muridnya
Sahabat sabar mempertahan persahabatan mereka….
Terkadang jiwa bergetar demi sebuah kesabaran
Terkadang air mata menjadi peneman
Untung Iman sentiasa mengawal keadaan
Bukan nafsu menjadi ikutan…
Akhirnya…
Demi kesabaran aku sanggup pertahan
Kerana….
ganjaran untuk insane yang sabar telah dijanji Tuhan…
--------------------------------
 Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anaknya menggengam kejayaan, mampu memberi sinar kebahagiaan kepada kedua orang tuanya, menjadi contoh dan teladan buat adik-adik. Setelah memasak puan Maryam mencari kelibat anaknya disetiap penjuru rumah, dia terpandang Aina leka dihadapan laptopnya dengan tangan ligat menari kesana kemari diatas keybord seperti sedang sibuk dengan assignment.
“cuti-cuti pun ada assigment ka” Tanya puan Maryam yang pekat dengan dialek utara tempat kelahirannya. Aina terkejut apabila terdengar teguran ibunya, cepat-cepat Aina minimize Microsoft word supaya ibunya tiada perasan yang dirinya sedang meluah isi hati melalui puisi. Aina toleh kepada ibunya dengan tersenyum.
“ bukan assignment, saja ja tulis kata-kata” jawab Aina cuba memberi respon kepada soalan ibunya. “seronok ibu tengok abah dah berubah sejak Aina berjaya hari tu, dia tak pernah marah ibu lagi” puan Maryam meluah perubahan yang dia rasa selama ini. Aina terkedu mendengar, rasa bahagia mengisi relung hati, apabila ibunya mengungkap perkataan ‘seronok’ dengan perubahan abah yang berpunca daripada kejayaannya.
“ni hikmah dari Allah, kejayaan Aina bukan untuk diri Aina tetapi untuk ibu dan abah” jawab Aina dengan tersenyum.
-----------------------------

Derita diawal usia


Kehidupan harus menempuh pelbagai peringkat umur, dari kecil hingga dewasa, dari muda hingga tua, alam kanak-kanak tidak perlu rumit memikir tentang kehidupan hanya keseronokkan yang mereka tahu, bermain menjadi aktiviti harian mereka.
Tidak sama setiap yang kita lalui,
Kehidupan adalah warna warni,
Ada yang hanya tahu bergembira,
Ada yang ditakdir derita,
Terkadang senyuman seindah suria,
Terkadang gerimis turun dari mata.
Aiman bergembira dapat bermain dengan adiknya, terkadang usikan memeriahkan suasana, sekalipun kadang-kadang terdengar juga tangisan sang adik, Aiman membawa lari bola yang dipegang oleh adiknya, dengan keadaan tateh berjalan sang adik cuba menegjar Aiman dalam keadaan menangis.
“usik Adik!” Ibu tirinya yang sedang menyapu sampah laju memukul kepala Aiman dengan penyapu yang berada ditangannya.
Aiman yang takut-takut terus berlari masuk ke rumah dalam keadaan memegang kepalanya yang sakit. Setelah masuk ke dalam bilik Aiman menangis adan terus melihat di tangannya ada darah. Aiman melap darah yang ada ditangannya dengan tuala miliknya.
-----------------------------------
“Aiman kenapa usik adik tadi!” Aiman yang baru melangkah keluar bilik untuk bermain dengan anak jiran sebelah menghentikan langkah. Dia hanya menunduk wajahnya ke lantai kerana tidak berani menatap wajah sang ayah.
Aiman terus diheret ke luar dari rumah seperti pengembala mengheret peliharaannya. Sang ayah yang tidak berhati perut mengheret Aiman di atas mini tar yang berada dihadapan rumahnya.
“ya Allah kenapa buat anak macam tu” nenek Aiman yang sedang bersembang dengan bapak saudara Aiman bersuara, lantas mengatur langkah mendapatkan cucunya yang sedang menangis diatas jalan dalam keadaan berdarah ditangan dan kaki.
--------------------------------
“kenapa kepala luka ni?” Tanya nenek setelah ternampak luka di kepala cucunya ketika menyapu ubat di tempat luka angkara perbuatan anaknya sebentar tadi.
“ibu buat” teresak-esak Aiman menjawab. Bapa saudaranya hanya memerhati dengan riak wajah sebak.
Aiman ditidur oleh neneknya setelah membersih luka dan menyapu ubat.
“suruh Aiman tinggal sini la” cadang bapa saudaranya.
“dah lama suruh Aiman tinggal sini tapi ayah dia yang tak bagi” jawab nenek.
“perangai baran macam tu, patut mama Aiman tak tahan, kalau Aiman tinggal dengan dia, Aiman nakal sikit ja buat Aiman lebih-lebih”. Sampuk bapa saudaranya dalam nada marah.
“tu la, mama Aiman nak bawa Aiman sekali dulu dia tak bagi, ni Aiman dapat ibu tiri habis budak tu” beritahu nenek.
“sekali dengan dia ikut perangai bini baru dia, kasihan Aiman” tambah bapa saudaranya lagi.
“kalau dia tak beri Aiman tinggal sini, kita hantar dia dirumah kebajikan masyarakat” cadang bapa saudaranya lagi.
“kalau ayah dia tak bagi juga, macam mana?” Tanya nenek.
“kalau dia tak bagi kita buat laporan polis dia dera anak sendiri” jawab bapa saudaranya dengan nada serius.
“tapi Aiman mau ka” nenek mula membuat andaian.
“ InsyaAllah kita pujuk, demi kebaikan dia”.

Alam si kecil sudah punya perasaan,
Sedih gembia sering berlawanan,
Sedih dengan nasib diri,
Tetapi aksi manja sang adik menjadi hiburan diri.
-------------------------------------
“Aiman rindu adik nanti” jawab Aiman setelah nenek memberitahu cadangan dia dan anaknya sebentar tadi. Air matanya mengalir laju, sang nenek turut menangis kerana sebak mengenang nasib cucunya.
Biarpun derita,
Keadaan sengsara,
Hati tetap berat melangkah,
Rindu adik dan insane tersayang menggamit indah,
Harus melangkah atau pasrah,
terus tabah atau merubah arah..
-----------------------------------
Para tetamu memenuhi ruang yang ada, para jemputan bagi program mesra kasih rumah kebajikan  masyarakat adalah dikalangan para waris bagi kanak-kanak yang menetap di situ.
Setelah pengacara memulakan pembukaan majlis serta menyampai ucapan aluan, pengacara menjemput kanak-kanak dari penghuni rumah tersebut untuk membuat persembahan.
“bagi acara yang pertama dipersilakan Aiman Adam bin Ahmad untuk menyampaikan sajak”
Tepukan gemuruh kedengaran, kelihatan nenek dan bapa saudaranya tersenyum girang.

‘mama..
Dimana mama,
Aiman rindu mama,
Sekarang Aiman berada ditempat lain,
Semuanya angkara ayah ibu,
Aiman rindu adik,
Nenek dan paksu..
Mama…
Aiman rindu mama…’
Setelah menyampaikan sajak Aiman menyeka air matanya yang mengalir, para tetamu semuanya sebak apatah lagi nenek dan bapa saudaranya. Aiman mengatur langkah untuk meninggalkan pentas lalu ditahan oleh pengacara.
“Aiman, siapa yang buat sajak untuk Aiman?” Tanya pengacara.
“Aiman buat sendiri” jawab AIman lalu tersenyum saat mendengar tepukan gemuruh para tetamu yang hadir.
“bila Aiman buat?” Tanya pengacara lagi.
“ semalam” Aiman terus tersenyum walaupun air mata masih berbaki dikelopok matanya.
“ok, terima kasih AIman, sekali lagi tepukan untuk Aiman” kedengaran riuh terus bergema, setelah melempar senyuman Aiman mengatur langkah untuk meninggalkan pentas.
Insane yang melahir,
Yang membiar kita menumpang rahimnya,
Yang mengasuh mendidik dan membelai kita,
adalah insane yang satu,
selamanya satu,
tidak akan pernah berganti biarpun masa berlalu.

Tamat, nasib bocah nakal yang entah bila kan sudah